Langkau ke kandungan utama

NIPÅSEN Rak kot dan bangku + storan kasut, hitam, 190x35x79 cm

Harga RM 259

Bagaimana untuk mendapatkannya

Daya tarikan cara lama untuk ruang masuk yang sibuk hari ini. Di sini anda ada ruang untuk hingga 8 pasang kasut, cangkuk untuk jaket dan kunci, bangku selesa untuk duduk – dan tiada alasan yang baik untuk tidak meletakkan barang di tempat yang sesuai.

Nombor artikel805.861.44

Butiran produk

Rak kot, storan kasut dan bangku dalam satu – pembantu yang sesuai benar untuk memastikan ruang masuk anda kemas.

Beberapa cangkuk kembar dan tigaan dalam dua ketinggian dan saiz menyediakan banyak pilihan penstoran untuk semua ahli keluarga, untuk segala-galanya daripada jaket dan kasut kepada kunci dan tali anjing.

Terdapat ruang untuk 4 pasang kasut di atas para-para, dan anda menikmati ruang tambahan untuk 4 pasang kasut lagi dengan menambahkan alas kasut BAGGMUCK yang benar-benar cocok.

Para-para diperbuat daripada logam yang diregangkan - cara bijak untuk seboleh-bolehnya menggunakan sedikit bahan di samping membenarkan sebarang kotoran jatuh melalui lubang.

Ketinggian rak para-para kasut menjadikannya mudah bawah bangku dibersihkan. Jika anda menggunakan alas kasut BAGGMUCK, hanya tarik keluar apabila tiba masa untuk membersihkan.

Anda juga boleh meletakkan bakul atau kotak yang menarik di atas para-para untuk akses mudah kepada sarung tangan dan topi atau barangan lain yang lebih kecil.

Rangka diperbuat daripada keluli bersalut serbuk yang tahan lasak dan tak lapuk dek zaman, manakala tempat duduk bangku diperbuat daripada papan gentian iadi ia lebih lembut untuk anda duduk di atasnya,

Lengkapkan bangku anda dengan pelapik kerusi untuk keselesaan yang lebih baik, IKEA mempunyai pelbagai pilihan gaya dan warna.

Bangku ini benar-benar padan dalam kedalaman dan ketinggian dengan bangku NIPÅSEN dengan storan kasut, supaya ia boleh diletakkan bersebelahan satu sama lain tanpa luang yang ketara.

Pereka

Ebba Strandmark

Nombor artikel805.861.44

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Bahan asas/ Para/ Bar:
Keluli, Salutan serbuk
Panel bahagian atas:
Bod gentian, Cat akrilik
Plat lekapan/ Cangkuk:
Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
Cangkuk:
Aluminium, Salutan serbuk epoksi/poliester

Penjagaan

Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Keselamatan dan pematuhan

AMARAN: Bahaya terbalik – bagi mengurangkan risiko perabot ini terbalik, ia mesti terpasang dengan kukuh. Gunakan skru dan palam yang sesuai untuk rumah anda. Jika anda kurang pasti, dapatkan nasihat profesional.

Pengukuran

  • Lebar: 79 cm
  • Dalam: 35 cm
  • Tinggi: 190 cm
  • Ketinggian sebenar di bawah: 24 cm

Bungkusan

NIPÅSEN

Nombor artikel805.861.44
  • Lebar: 37 cm
  • Tinggi: 15 cm
  • Panjang: 88 cm
  • Berat: 13.88 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.7Purata pengadaran
3Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini