Langkau ke kandungan utama

NIPÅSEN Bangku dgn storan kasut, hitam, 79x35x52 cm

Harga RM 149

Bagaimana untuk mendapatkannya

Daya tarikan cara lama untuk ruang masuk yang sibuk hari ini. Di sini anda mempunyai ruang untuk sehingga 8 pasang kasut, bangku yang selesa untuk duduk di atasnya – dan tiada alasan yang baik untuk tidak meletakkan barang anda di tempat yang sesuai.

Nombor artikel005.861.43

Butiran produk

Storan kasut dan bangku dalam satu – pembantu yang sesuai benar untuk memastikan ruang masuk anda kemas.

Terdapat ruang untuk 4 pasang kasut di atas para-para, dan anda menikmati ruang tambahan untuk 4 pasang kasut lagi dengan menambahkan alas kasut BAGGMUCK yang benar-benar cocok.

Para-para diperbuat daripada logam yang diregangkan - cara bijak untuk seboleh-bolehnya menggunakan sedikit bahan di samping membenarkan sebarang kotoran jatuh melalui lubang.

Ketinggian rak para-para kasut menjadikannya mudah bawah bangku dibersihkan. Jika anda menggunakan alas kasut BAGGMUCK, hanya tarik keluar apabila tiba masa untuk membersihkan.

Anda juga boleh meletakkan bakul atau kotak yang menarik di atas para-para untuk akses mudah kepada sarung tangan dan topi atau barangan lain yang lebih kecil.

Rangka diperbuat daripada keluli bersalut serbuk yang tahan lasak dan tak lapuk dek zaman, manakala tempat duduk bangku diperbuat daripada papan gentian iadi ia lebih lembut untuk anda duduk di atasnya,

Lengkapkan bangku anda dengan pelapik kerusi untuk keselesaan yang lebih baik, IKEA mempunyai pelbagai pilihan gaya dan warna.

Pereka

Ebba Strandmark

Nombor artikel005.861.43

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Bahan asas/ Para:
Keluli, Salutan serbuk
Panel bahagian atas:
Bod gentian, Cat akrilik

Penjagaan

Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Pengukuran

  • Lebar: 79 cm
  • Dalam: 35 cm
  • Tinggi: 52 cm
  • Ketinggian bebas di bawah perabot: 24 cm

Bungkusan

NIPÅSEN

Nombor artikel005.861.43
  • Lebar: 36 cm
  • Tinggi: 11 cm
  • Panjang: 82 cm
  • Berat: 8.33 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.8Purata pengadaran
9Ulasan

Aksesori untuk NIPÅSEN

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini