NÄMMARÖ Mj + 4 krsi blgn, lr rmh, berwarna coklat muda, 140 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Wujudkan suasana ruang tamu yang selesa di luar rumah dengan siri NÄMMARÖ. Dengan semua yang anda perlukan untuk saat-saat santai, makan malam yang panjang dan pesta musim panas yang ceria, tidak kira sama ada anda mempunyai balkoni, teres ataupun taman.

Perabot diperbuat daripada akasia, kayu keras yang secara semula jadinya tahan lama dan kukuh kerana kepadatan serat kayu yang tinggi.
Gabungkan perabot luar daripada siri NAMMARO sesuka hati anda dan wujudkan ruang luar yang terselaras sebagai tempat untuk anda makan, rehat meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk yang tak makan dek zaman menjadikan siri ini mudah diletakkan dan sesuai untuk apa sahaja persekitaran yang berbeza-beza.
Perabot ini telah diprarawat agar dilindungi dengan lebih baik daripada matahari, hujan, kotoran serta lusuh dan haus lain.

Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk NÄMMARÖ
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Fungsi penyelesaian
Kadangkala segi empat sama itu bagus
Apabila kami membangunkan NÄMMARÖ, kami bertanya kepada diri sendiri: apakah cara terbaik untuk menghasilkan perabot luar yang benar-benar selesa dan mampu milik? Kami menemui satu jawapan kepada soalan itu dalam reka bentuknya. Dengan mendasarkan keseluruhan siri ini pada bentuk geometri yang mudah, kami memberikan NÄMMARÖ penampilan yang seragam dan berjaya mengurangkan kos pengeluaran. Itu, sebaliknya berita baik untuk dompet anda.










