Butiran produk
Gabungkan perabot luar daripada siri NAMMARO sesuka hati anda dan wujudkan ruang luar yang terselaras sebagai tempat untuk anda makan, rehat meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk yang tak makan dek zaman menjadikan siri ini mudah diletakkan dan sesuai untuk apa sahaja persekitaran yang berbeza-beza.
Perabot ini telah diprarawat agar dilindungi dengan lebih baik daripada matahari, hujan, kotoran serta lusuh dan haus lain.
Bahagian belakang boleh laras pada lima kedudukan berbeza.
Produk boleh dikitar semula atau digunakan sebagai pemulihan tenaga, jika terdapat di komuniti anda.
Disyorkan untuk kegunaan luar rumah.
Melindungi perabot luar anda daripada hujan, cahaya matahari, kotoran, habuk, debunga dan salji apabila tidak digunakan.
- Tempat duduk/ Belakang/ Rangka bawah/ Kaki/ Selusur kaki/ Roda:
- Akasia padu, Pewarna akrilik
- Sarung roda:
- Termoplastik elastomer
Cara terbaik untuk memanjangkan usia perabot kayu diluar bangunan ialah dengan mencucinya dengan kerap dan tidak membiarkan di luar rumah tanpa perlindungan lebih dari yang diperlukan.
Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.
Penyelenggaraan: Bagi mengelakkan permukaan daripada mengering dan merekah dan kelembapan menembusi ke dalam kayu, kami mengesyorkan agar anda mewarnakan semula perabot secara tetap, misalnya sekali atau dua kali setahun.
Storan: Jika boleh, simpan di tempat kering, dingin. Jika perabot disimpan di luar, tutup dengan penutup kalis air. Selepas hujan atau salji, kesat lebihan air atau salji dari permukaan yang rata. Biarkan udara beredar bagi mengelakkan pemeluwapan.
Untuk meningkatkan kestabilan perabot anda, ketatkan semula skru sekurang-kurangnya sekali setiap musim.
Pengukuran
- Jumlah panjang: 193 cm
- Lebar keseluruhan: 67 cm
- Ketinggian maksimum: 78 cm
- Panjang, penyandar: 76 cm
- Panjang tempat duduk: 115 cm
- Lebar tempat duduk: 57 cm
- Tinggi tempat duduk: 30 cm
- Diuji untuk: 110 kg
Kerusi santaiNombor artikel705.103.57- Lebar: 60 cm
- Tinggi: 8 cm
- Panjang: 194 cm
- Berat: 22.64 kg
- Bungkusan: 1