Wujudkan suasana ruang tamu yang selesa di luar rumah dengan siri NÄMMARÖ. Dengan semua yang anda perlukan untuk saat-saat santai, makan malam yang panjang dan pesta musim panas yang ceria, tidak kira sama ada anda mempunyai balkoni, teres ataupun taman.
Butiran produk
Dengan mencantumkan dua seksyen tempat duduk yang berbeza, anda akan mereka bentuk dan sais sofa yang sesuai dengan teres atau taman anda dengan sempurna.
Perabot diperbuat daripada akasia, kayu keras yang secara semula jadinya tahan lama dan kukuh kerana kepadatan serat kayu yang tinggi.
Untuk ketahanan tambahan dan agar anda boleh menikmati ungkapan semula jadi pada kayu, perabot telah diprarawat dengan beberapa lapisan warna separa lut sinar.
Anda hanya boleh membiarkan air daripada hujan renyai menitik kerana sarung kusyen kalis air.
Anda boleh menjadikan sofa anda lebih selesa dan tambahkan sentuhan peribadi lengkap dengan kusyen hiasan dalam pelbagai saiz dan warna.
Gabungkan perabot luar daripada siri NAMMARO sesuka hati anda dan wujudkan ruang luar yang terselaras sebagai tempat untuk anda makan, rehat meluangkan masa bersama-sama keluarga dan rakan-rakan.
Reka bentuk yang tak makan dek zaman menjadikan siri ini mudah diletakkan dan sesuai untuk apa sahaja persekitaran yang berbeza-beza.
Perabot ini telah diprarawat agar dilindungi dengan lebih baik daripada matahari, hujan, kotoran serta lusuh dan haus lain.
Diperbuat daripada akasia boleh diperbaharui daripada sumber yang lebih lestari.
Maklumat berguna
Disyorkan untuk kegunaan luar rumah.
Bahan dalam produk ini mungkin boleh dikitar semula. Sila semak peraturan kitar semula di komuniti anda dan sama ada terdapat kemudahan kitar semula di kawasan anda
Melindungi perabot luar anda daripada hujan, cahaya matahari, kotoran, habuk, debunga dan salji apabila tidak digunakan.
Gabungkan dengan perabot luar rumah yang lain dalam siri NÄMMARÖ.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Tempat duduk/ Selusur topang/ Kaki:
- Akasia padu, Pewarna akrilik
- Selusur atas/ Selusur bahagian bawah:
- Akasia padu, Pewarna akrilik, Akasia padu, Pewarna akrilik
Akasia padu, Pewarna akrilik
Penjagaan
Cara terbaik untuk memanjangkan usia perabot kayu diluar bangunan ialah dengan mencucinya dengan kerap dan tidak membiarkan di luar rumah tanpa perlindungan lebih dari yang diperlukan.
Cara terbaik untuk memanjangkan hayat kusyen luar rumah ialah dengan kerap membersihnya dan menyimpannya di tempat yang dingin serta kering di dalam rumah atau di dalam beg storan bila mana tidak digunakan.
Simpan kusyen sofa di tempat yang dingin dan kering di dalam rumah apabila musim berakhir, sebaik-baiknya di dalam beg storan atau kotak storan untuk melindunginya daripada kotoran dan habuk. Pastikan kusyen betul-betul kering sebelum ia disimpan.
Tidak boleh dibasuh.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.
Tutupkan zip sebelum mencuci.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Pengeringan pada suhu rendah (maksimum 60°C).
Seterika, maksimum 200°C.
Jangan lakukan cucian kering.
Cara terbaik untuk melanjutkan hayat perabot luar rumah ialah dengan kerap membersihnya, tidak meninggalkannya di luar rumah tanpa dilindungi lebih daripada yang sepatutnya dan warnakannya semua secara tetap.
Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.
Penyelenggaraan: Untuk mengelakkan permukaan kering dan merekah serta kelembapan daripada menembusi masuk ke dalam kayu, kami mengesyorkan agar anda selalu mewarnakan perabot, misalnya sekali atau dua kali setahun.
Storan: Jika boleh, simpan di tempat kering, dingin. Jika perabot disimpan di luar, tutup dengan penutup kalis air. Selepas hujan atau salji, kesat lebihan air atau salji dari permukaan yang rata. Biarkan udara beredar bagi mengelakkan pemeluwapan.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
NÄMMARÖ Tempat duduk sofa modular, luar005.103.51NÄMMARÖ Tempat duduk sofa modular, luar005.103.51NÄMMARÖ Penyandar sofa modular, luar rumah205.103.31Nasihat dan arahan penjagaan
NÄMMARÖ Tempat duduk sofa modular, luar005.103.51NÄMMARÖ Penyandar sofa modular, luar rumah205.103.31Pengukuran
- Lebar: 63 cm
- Dalam: 74 cm
- Tinggi: 70 cm
- Lebar tempat duduk: 63 cm
- Dalam tempat duduk: 61 cm
- Tinggi tempat duduk: 38 cm
- Diuji untuk: 110 kg
Bungkusan
NÄMMARÖ
Nombor artikel005.103.51- Lebar: 66 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 67 cm
- Berat: 8.62 kg
- Bungkusan: 1
NÄMMARÖ
Nombor artikel205.103.31- Lebar: 43 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 67 cm
- Berat: 3.06 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk NÄMMARÖ
Fungsi penyelesaian
Kadangkala segi empat sama itu bagus
Apabila kami membangunkan NÄMMARÖ, kami bertanya kepada diri sendiri: apakah cara terbaik untuk menghasilkan perabot luar yang benar-benar selesa dan mampu milik? Kami menemui satu jawapan kepada soalan itu dalam reka bentuknya. Dengan mendasarkan keseluruhan siri ini pada bentuk geometri yang mudah, kami memberikan NÄMMARÖ penampilan yang seragam dan berjaya mengurangkan kos pengeluaran. Itu, sebaliknya berita baik untuk dompet anda.
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Apabila kami mereka bentuk NÄMMARÖ, kami ingin menghasilkan famili perabot luar moden yang boleh berpadu dan juga menyerlah. Rangka segi empat sama yang digunakan di seluruh siri ini menyumbang kepada penampilan yang seragam dan menyatukan produk berbeza-beza bersama-sama. Warna lembut madu menua dengan indah dan mudah dipadankan dengan barang-barang yang anda sedia ada di rumah dan tumbuh-tumbuhan hijau di balkoni atau teres anda.





