Langkau ke kandungan utama
Baharu

MOSSJÖN Kabinet dinding berpintu kaca, antrasit, 36x18x44 cm

Harga RM 229

Bagaimana untuk mendapatkannya

Kaca galur membolehkan barang-barang anda dilihat, namun tersembunyi. Kabinet dinding MOSSJÖN yang padu dan bergaya neutral menghasilkan keteraturan di bilik mandi – atau mungkin di bilik tidur atau ruang tamu anda.

Nombor artikel606.216.38

Butiran produk

Saiznya yang padu dan ekspresi moden menjadikan kabinet dinding ini satu ciri elegan di bilik mandi anda – atau di mana-mana kawasan lain di rumah anda yang memerlukan storan tambahan yang cantik.

Kaca bergalur-galur pada 3 sisi membolehkan percikan cahaya menembusi masuk di samping menghalang mata ingin tahu daripada melihat ke dalam kabinet.

Para-para kaca mudah dibersihkan dan mudah dialih untuk mewujudkan ruang maksimum untuk barangan anda.

Pintu mempunyai pemegang yang mudah digenggam dan dipasang dengan bantuan magnet.

Gaya, warna dan dimensinya memudahkan kabinet dinding digabungkan dengan produk lain dalam siri MOSSJÖN.

Pereka

Willy Chong

Nombor artikel606.216.38

Maklumat berguna

Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Panel/ Rangka:
Keluli, Salutan serbuk
Pintu kaca/ Panel tepi:
Aluminium, Kaca terbaja, Salutan serbuk
Para-para:
Kaca terbaja
Plat penyambung:
Keluli, Bergalvani

Penjagaan

Kaca

Lap untuk membersihkan dengan kain yang dibasahkan dengan air atau pencuci tingkap.

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Rangka/Bingkai

Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Keselamatan dan pematuhan

Kendalikan kaca dengan berhati-hati! Tepi yang rosak atau permukaan yang calar boleh pada kes tertentu menyebabkan kaca retak secara tiba-tiba. Walaubagaimanapun tidak pecah menjadi serpihan tajam tetapi kepingan kecil.

Pengukuran

  • Dalam: 18 cm
  • Tinggi: 44 cm
  • Lebar: 36 cm

Bungkusan

MOSSJÖN

Nombor artikel606.216.38
  • Lebar: 38 cm
  • Tinggi: 6 cm
  • Panjang: 48 cm
  • Berat: 6.34 kg
  • Bungkusan: 1

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

Pandangan pereka

Pandangan pereka

Kita menghabiskan banyak masa di bilik mandi, tetapi tidak selalu memberi perhatian yang cukup kepada ruang fungsian ini apabila melibatkan estetika. Saya faham mengapa, tapi tidak perlu sebegitu. Itulah sebabnya saya ingin kabinet MOSSJÖN kelihatan sangat cantik – bergaya neutral namun mempunyai ciri yang tersendiri. Saya juga ingin mata yang ingin tahu dapat membayangkan apa di dalamnya melalui kaca galur itu. Ia menjadikan kabinet kelihatan lebih hidup, tanpa rasa tidak terurus. Bentuk dan fungsian berharmoni dengan indah!

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada

Aksesori untuk MOSSJÖN