25 tahun jaminan
Ya, memang boleh jatuh cinta dengan laci! Yang ini boleh ditarik keluar sepenuhnya untuk gambaran keseluruhan yang jelas dan sentiasa tersusun dengan diatur dengan bahagian dalaman pilihan anda. Dan bahagian yang terbaiknya? Ia ditutup dengan perlahan!
Butiran produk
Laci boleh di tarik keluar sepenuhnya dan anda boleh melihat dan mencapai apa di dalamnya.
Laci meluncur dengan lancar dilengkapi penahan laci, tutup sendiri berbaki beberapa sentimeter.
Terdapat banyak ruang untuk permainan dan aksesori TV di dalam dua laci yang luas.
Anda boleh menghasilkan lebih banyak storan dengan laci dalaman, sama ada di dalam laci yang lebih tinggi atau di belakang pintu.
Untuk tetap teratur dan bagi penggunaan ruang yang cekap, laci MAXIMERA boleh dilengkapi dengan penyusun VARIERA seperti dulang kutleri, dulang perkakas atau pemegang pinggan.
Jaminan 25 tahun. Baca termanya di dalam risalah jaminan.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Boleh dilengkapkan dengan sisi kaca tambahan MAXIMERA untuk memastikan barang-barang berada di tempatnya di dalam laci. Kaca membolehkan anda melihat kandungan laci dari sisi (cth. dalam kabinet tinggi).
Boleh dilengkapkan dengan pembahagi UPPDATERA bagi memastikan barang-barang yang anda simpan teratur dan mengelakkannya daripada menggelongsor ke sana-sini.
Boleh dilengkapkan dengan bahagian depan laci UTRUSTA untuk menghasilkan laci dalaman dengan lebih banyak storan dan nampak seragam, sama ada di dalam laci yang lebih tinggi ataupun di belakang pintu.
Bahan dan penjagaan
Penjagaan
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Lap bersih dengan kain lembut yang dilembapkan dengan larutan air dan sabun cuci atau sabun yang lembut dan tidak kasar jika perlu.
Pemasangan dan dokumen
Pengukuran
- Lebar: 36.4 cm
- Rangka, lebar: 40.0 cm
- Dalam: 33.7 cm
- Tinggi: 21.2 cm
- Rangka, kedalaman: 37.0 cm
- Beban maksimum: 20 kg
Bungkusan
MAXIMERA
Nombor artikel202.710.95- Lebar: 30 cm
- Tinggi: 8 cm
- Panjang: 38 cm
- Berat: 4.08 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apakah keluli?
Keluli mempunyai ciri-ciri unik apabila ia diregangkan dan dibentuk kerana ia kekal kuat. Ia memberikan kekuatan kepada segala-galanya daripada bangunan pencakar langit dan kereta hinggalah rangka katil dan perabot luar. Industri keluli sedang bergerak ke arah pengeluaran yang lebih cekap tenaga dan kualiti keluli yang lebih kukuh. Ia tidak kehilangan sebarang sifatnya apabila dikitar semula dan hari ini keluli merupakan salah satu bahan yang paling banyak dikitar semula di dunia.


