Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri MÅLA

MÅLA Pensil warna, warna bercampur

Harga RM 20/10 unit
Harga unit: RM2/unit

Bagaimana untuk mendapatkannya

Siri MÅLA ada semua yang anak anda perlukan apabila kreativiti mula tercetus. Cat! Potong! Lukis! Semuanya tentang berseronok dan membolehkan anak anda meneroka dunia menerusi imiginasi mereka sendiri - tiada batasan!

Nombor artikel704.775.98

Butiran produk

Pensel larut air, jadi dengan berus basah anak anda boleh menggabungkan warna dalam lukisan mereka untuk hasil yang kreatif.

Pensel direka bentuk agar selesa digenggam oleh tangan kanak-kanak, supaya mereka boleh melukis dengan mudah.

Sudah tentu segala-galanya dalam siri MÅLA tanpa toksin - seperti juga anda, kami turut prihatin terhadap minda yang kreatif bagi generasi akan datang.

Mencipta dan berkreatif menjadikan anda tenang dan fokus, dan lebih baik selepas seharian bersekolah dan melakukan aktiviti.

Pereka

S Fager/C Tubertini

Nombor artikel704.775.98

Maklumat berguna

Pensel akan meninggalkan kesan kekal pada kebanyakkan permukaan dan bahan, walaubagaimanapun mencuci dengan segera kesan tersebut dengan penghapus kotoran akan menanggalkannya.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Pensel warna:
Kayu pain padu
Bahagian plastik:
Plastik polistirena
Mata pisau:
Keluli, Bergalvani
Pemegang:
Kayu birch padu
Bulu kejur:
Plastik poliamida
Bahagian keluli:
Aluminium

Penjagaan

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Keselamatan dan pematuhan

Disyorkan untuk yang berumur 4 tahun ke atas.Cat dan pensel kami memenuhi keperluan ASTM-D4236 — standard yang memastikan bahan seni yang mungkin mengandungi bahan berbahaya selamat digunakan mengikut tujuan asal.Produk ini ada lambang tanda CE.

Pemasangan dan dokumen

Nasihat dan arahan penjagaan

MÅLA Pensil warna704.775.98

Pengukuran

  • Kuantiti pakej: 10 unit

Bungkusan

MÅLA

Nombor artikel704.775.98
  • Lebar: 17 cm
  • Tinggi: 2 cm
  • Panjang: 18 cm
  • Berat: 0.12 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.7Purata pengadaran
22Ulasan
4.7Purata pengadaran
22Ulasan

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

MÅLA Pensil warna, warna bercampur

Untuk semua penjelajah kecil yang kreatif-

Lukisan di atas meja dapur dan pen warna tanpa penutup. Kedengaran biasa, bukan? Ini memang sebahagian daripada kehidupan bersama dengan anak-anak, dan sebenarnya sesuatu yang patut menggembirakan. Mengecat, melukis, dan berkraf bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga tugas penting dan cara untuk perkembangan anak anda. Apabila kami menghasilkan siri MÅLA, kami ingin menghargai kreativiti kanak-kanak secara serius dan mendengar pakar sebenar: kanak-kanak itu sendiri.

Kami sentiasa bermula dari perspektif mereka untuk memahami apa yang mereka benar-benar perlukan. Dalam projek ini, kami menemui fakta dan inspirasi dalam pedagogi yang menumpukan pada kreativiti. “Kami sedar bahawa kreativiti bukan sekadar bermain bagi kanak-kanak; mereka adalah penyelidik kecil yang menggunakan kreativiti untuk memahami dunia di sekeliling mereka,” kata Ina Tidbeck Sjöblom, yang terlibat dalam penciptaan siri MÅLA.

Dihasilkan untuk artis yang sibuk.

Pasukan ini menemu bual beberapa kumpulan kanak-kanak yang berpeluang mencuba prototaip dan memberi pandangan mereka. Apakah warna kegemaran mereka? Bagaimana pula pendapat mereka tentang kertas itu? “Kanak-kanak mempunyai pendapat yang sangat kuat dan bijak. Kami juga menyedari bagaimana mereka menggunakan peralatan melukis dan mewarna. Contohnya, jika anda berusia empat tahun dan sedang melukis, anda tidak selalu terfikir untuk menutup pen warna kembali dengan penutup.” Jadi, pen-pen ini boleh bertahan hingga tiga hari tanpa penutup.” Untuk memastikan kualiti yang tinggi pada harga yang sesuai, kerja pembangunan diberikan masa tambahan. “Apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana mereka melakukannya sangat penting. Itulah sebabnya kami mengambil kira semua maklum balas mereka dan memastikan produk memenuhi keperluan mereka.”

Mudah untuk memulakan

Siri MÅLA telah wujud sejak lama, tetapi ia terus berkembang dan berubah mengikut keperluan serta idea-idea baharu. Semua bahagian seharusnya mudah diambil dan digunakan bila-bila masa timbulnya inspirasi. “Kanak-kanak tidak perlu ibu bapa di sebelah untuk mula melukis atau mewarna. Mampu melakukan sesuatu sendiri adalah sebahagian penting dalam perkembangan. Anda berkembang seiring dengan tugasan itu.”

Baca lebih lanjut

Bahan

Apakah kayu padu?

Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri MÅLA

Aksesori untuk MÅLA