Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri MÅLA

MÅLA Pen papan putih, warna bercampur

Harga RM 9/4 unit
Harga unit: RM2.25/unit

Bagaimana untuk mendapatkannya

Siri MÅLA ada semua yang anak anda perlukan apabila kreativiti mula tercetus. Cat! Potong! Lukis! Semuanya tentang berseronok dan membolehkan anak anda meneroka dunia menerusi imiginasi mereka sendiri - tiada batasan!

Nombor artikel604.776.31

Butiran produk

Pen papan putih dihasilkan agar sesuai digenggam oleh kanak-kanak.

Sudah tentu segala-galanya dalam siri MÅLA tanpa toksin - seperti juga anda, kami turut prihatin terhadap minda yang kreatif bagi generasi akan datang.

Mencipta dan berkreatif menjadikan anda tenang dan fokus, dan lebih baik selepas seharian bersekolah dan melakukan aktiviti.

Pereka

S Fager/C Tubertini

Nombor artikel604.776.31

Maklumat berguna

Untuk digunakan pada papan putih: jangka hayat pen akan berkurangan jika di gunakan pada kertas.

Pen papan putih akan meninggalkan kesan kekal pada kebanyakkan permukaan dan bahan, walaubagaimanapun, membasuh dengan segera bahagian tersebut dengan penghilang kesan akan memberikan hasil yang memuaskan.

Simpan secara mendatar. Jika warna menjadi pudar, simpan pen menegak dengan hujung pen mengarah ke bawah selama 12 jam dan warna akan kembali seperti biasa.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Tong:
Plastik polipropilena, Plastik polipropilena, Cat akrilik bercetak
Penutup/ Palam hujung:
Plastik polipropilena, Plastik polipropilena
Hujung pen/ Bekas dakwat:
100% poliester

Penjagaan

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Keselamatan dan pematuhan

AMARAN!: BAHAYA TERCEKIK -- Bahagian-bahagian kecil. Bukan untuk kanak-kanak di bawah 3 tahun.Disyorkan untuk yang berumur 3 tahun ke atas.Cat dan pensel kami memenuhi keperluan ASTM-D4236 — standard yang memastikan bahan seni yang mungkin mengandungi bahan berbahaya selamat digunakan mengikut tujuan asal.Produk ini ada lambang tanda CE.

Pemasangan dan dokumen

Nasihat dan arahan penjagaan

MÅLA Pen papan putih604.776.31

Pengukuran

  • Kuantiti pakej: 4 unit

Bungkusan

MÅLA

Nombor artikel604.776.31
  • Lebar: 8 cm
  • Tinggi: 2 cm
  • Panjang: 16 cm
  • Berat: 0.08 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4Purata pengadaran
25Ulasan
4Purata pengadaran
25Ulasan

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

MÅLA Pen papan putih, warna bercampur

Untuk semua penjelajah kecil yang kreatif-

Lukisan di atas meja dapur dan pen warna tanpa penutup. Kedengaran biasa, bukan? Ini memang sebahagian daripada kehidupan bersama dengan anak-anak, dan sebenarnya sesuatu yang patut menggembirakan. Mengecat, melukis, dan berkraf bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga tugas penting dan cara untuk perkembangan anak anda. Apabila kami menghasilkan siri MÅLA, kami ingin menghargai kreativiti kanak-kanak secara serius dan mendengar pakar sebenar: kanak-kanak itu sendiri.

Kami sentiasa bermula dari perspektif mereka untuk memahami apa yang mereka benar-benar perlukan. Dalam projek ini, kami menemui fakta dan inspirasi dalam pedagogi yang menumpukan pada kreativiti. “Kami sedar bahawa kreativiti bukan sekadar bermain bagi kanak-kanak; mereka adalah penyelidik kecil yang menggunakan kreativiti untuk memahami dunia di sekeliling mereka,” kata Ina Tidbeck Sjöblom, yang terlibat dalam penciptaan siri MÅLA.

Dihasilkan untuk artis yang sibuk.

Pasukan ini menemu bual beberapa kumpulan kanak-kanak yang berpeluang mencuba prototaip dan memberi pandangan mereka. Apakah warna kegemaran mereka? Bagaimana pula pendapat mereka tentang kertas itu? “Kanak-kanak mempunyai pendapat yang sangat kuat dan bijak. Kami juga menyedari bagaimana mereka menggunakan peralatan melukis dan mewarna. Contohnya, jika anda berusia empat tahun dan sedang melukis, anda tidak selalu terfikir untuk menutup pen warna kembali dengan penutup.” Jadi, pen-pen ini boleh bertahan hingga tiga hari tanpa penutup.” Untuk memastikan kualiti yang tinggi pada harga yang sesuai, kerja pembangunan diberikan masa tambahan. “Apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana mereka melakukannya sangat penting. Itulah sebabnya kami mengambil kira semua maklum balas mereka dan memastikan produk memenuhi keperluan mereka.”

Mudah untuk memulakan

Siri MÅLA telah wujud sejak lama, tetapi ia terus berkembang dan berubah mengikut keperluan serta idea-idea baharu. Semua bahagian seharusnya mudah diambil dan digunakan bila-bila masa timbulnya isnpirasi. “Kanak-kanak tidak perlu ibu bapa di sebelah untuk mula melukis atau mewarna. Mampu melakukan sesuatu sendiri adalah sebahagian penting dalam perkembangan. Anda berkembang seiring dengan tugasan itu.”

Baca lebih lanjut

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri MÅLA

Aksesori untuk MÅLA