Pasukan ini menemu bual beberapa kumpulan kanak-kanak yang berpeluang mencuba prototaip dan memberi pandangan mereka. Apakah warna kegemaran mereka? Bagaimana pula pendapat mereka tentang kertas itu? “Kanak-kanak mempunyai pendapat yang sangat kuat dan bijak. Kami juga menyedari bagaimana mereka menggunakan peralatan melukis dan mewarna. Contohnya, jika anda berusia empat tahun dan sedang melukis, anda tidak selalu terfikir untuk menutup pen warna kembali dengan penutup.” Jadi, pen-pen ini boleh bertahan hingga tiga hari tanpa penutup.” Untuk memastikan kualiti yang tinggi pada harga yang sesuai, kerja pembangunan diberikan masa tambahan. “Apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana mereka melakukannya sangat penting. Itulah sebabnya kami mengambil kira semua maklum balas mereka dan memastikan produk memenuhi keperluan mereka.”
Siri MÅLA ada semua yang anak anda perlukan apabila kreativiti mula tercetus. Cat! Potong! Lukis! Semuanya tentang berseronok dan membolehkan anak anda meneroka dunia menerusi imiginasi mereka sendiri - tiada batasan!
Butiran produk
Cat dengan warna-warna terang yang bercampur dengan licin dan memudahkan kanak-kanak mencampur warna mereka sendiri.
Menarik dan mudah untuk digunakan; cawan air berdiri stabil di dalam kotak dan kanak-kanak boleh mengenggam berus dengan selesa, jadi mereka boleh melukis dengan mudah.
Kotak yang praktikal untuk anak anda menyimpan dan membawa bekalan seni mereka.
Mencipta dan berkreatif menjadikan anda tenang dan fokus, dan lebih baik selepas seharian bersekolah dan melakukan aktiviti.
Sudah tentu segala-galanya dalam siri MÅLA tanpa toksin - seperti juga anda, kami turut prihatin terhadap minda yang kreatif bagi generasi akan datang.
S Fager/C Tubertini
Maklumat berguna
Mengandungi: 14 tablet aneka warna, dulang, 2 cawan air dan 2 berus.
Cat air akan meninggalkan kesan kekal pada kebanyakan permukaan dan bahan, walau bagaimanapun, jika kawasan tersebut dicuci segera dengan sabun dan air suam boleh memberikan hasil yang baik.
Selepas digunakan, bersihkan berus, cawan dan kotak dengan air; cucian tangan sahaja. Bersihkan tablet dengan air dan keringkan air berlebihan.
Jangka hayat para 5 tahun, lihat tarikh produk pada pembungkusan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Bahagian plastik:
- Plastik polipropilena
- Tudung:
- Plastik PET
- Berus:
- Kayu birch padu
- Bulu kejur:
- Plastik poliamida
- Bahagian keluli:
- Aluminium
Penjagaan
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Nasihat dan arahan penjagaan
MÅLA Kotak cat air201.932.72Pengukuran
Bungkusan
MÅLA
Nombor artikel201.932.72- Lebar: 15 cm
- Tinggi: 6 cm
- Panjang: 24 cm
- Berat: 0.36 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda

Untuk semua penjelajah kecil yang kreatif-
Lukisan di atas meja dapur dan pen warna tanpa penutup. Kedengaran biasa, bukan? Ini memang sebahagian daripada kehidupan bersama dengan anak-anak, dan sebenarnya sesuatu yang patut menggembirakan. Mengecat, melukis, dan berkraf bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga tugas penting dan cara untuk perkembangan anak anda. Apabila kami menghasilkan siri MÅLA, kami ingin menghargai kreativiti kanak-kanak secara serius dan mendengar pakar sebenar: kanak-kanak itu sendiri.
Kami sentiasa bermula dari perspektif mereka untuk memahami apa yang mereka benar-benar perlukan. Dalam projek ini, kami menemui fakta dan inspirasi dalam pedagogi yang menumpukan pada kreativiti. “Kami sedar bahawa kreativiti bukan sekadar bermain bagi kanak-kanak; mereka adalah penyelidik kecil yang menggunakan kreativiti untuk memahami dunia di sekeliling mereka,” kata Ina Tidbeck Sjöblom, yang terlibat dalam penciptaan siri MÅLA.
Dihasilkan untuk artis yang sibuk.
Mudah untuk memulakan
Siri MÅLA telah wujud sejak lama, tetapi ia terus berkembang dan berubah mengikut keperluan serta idea-idea baharu. Semua bahagian seharusnya mudah diambil dan digunakan bila-bila masa timbulnya isnpirasi. “Kanak-kanak tidak perlu ibu bapa di sebelah untuk mula melukis atau mewarna. Mampu melakukan sesuatu sendiri adalah sebahagian penting dalam perkembangan. Anda berkembang seiring dengan tugasan itu.”




