Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Siri MÅLA

MÅLA Kertas, warna bercampur/saiz bercampur

Harga RM 39

Bagaimana untuk mendapatkannya

Siri MÅLA ada semua yang anak anda perlukan apabila kreativiti mula tercetus. Cat! Potong! Lukis! Semuanya tentang berseronok dan membolehkan anak anda meneroka dunia menerusi imiginasi mereka sendiri - tiada batasan!

Nombor artikel101.933.24

Butiran produk

Kertas bermutu format A3 dan A4 yang menyerap kedua-dua cat sedia bancuh dan cat air tanpa melengkok atau bergulung.

Mencipta dan berkreatif menjadikan anda tenang dan fokus, dan lebih baik selepas seharian bersekolah dan melakukan aktiviti.

Pereka

S Fager/C Tubertini

Nombor artikel101.933.24

Maklumat berguna

Gamkan pada satu bahagian supaya kertas dalam keadaan teratur.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Kertas bebas klorin peluntur

Penjagaan

Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.

Pengukuran

  • Panjang: 420 mm
  • Lebar: 297 mm
  • Tinggi: 18 mm

Bungkusan

MÅLA

Nombor artikel101.933.24
  • Lebar: 29 cm
  • Tinggi: 1 cm
  • Panjang: 42 cm
  • Berat: 1.12 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.9Purata pengadaran
8Ulasan
4.9Purata pengadaran
8Ulasan

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

MÅLA Kertas, warna bercampur/saiz bercampur

Untuk semua penjelajah kecil yang kreatif-

Lukisan di atas meja dapur dan pen warna tanpa penutup. Kedengaran biasa, bukan? Ini memang sebahagian daripada kehidupan bersama dengan anak-anak, dan sebenarnya sesuatu yang patut menggembirakan. Mengecat, melukis, dan berkraf bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga tugas penting dan cara untuk perkembangan anak anda. Apabila kami menghasilkan siri MÅLA, kami ingin menghargai kreativiti kanak-kanak secara serius dan mendengar pakar sebenar: kanak-kanak itu sendiri.

Kami sentiasa bermula dari perspektif mereka untuk memahami apa yang mereka benar-benar perlukan. Dalam projek ini, kami menemui fakta dan inspirasi dalam pedagogi yang menumpukan pada kreativiti. “Kami sedar bahawa kreativiti bukan sekadar bermain bagi kanak-kanak; mereka adalah penyelidik kecil yang menggunakan kreativiti untuk memahami dunia di sekeliling mereka,” kata Ina Tidbeck Sjöblom, yang terlibat dalam penciptaan siri MÅLA.

Dihasilkan untuk artis yang sibuk.

Pasukan ini menemu bual beberapa kumpulan kanak-kanak yang berpeluang mencuba prototaip dan memberi pandangan mereka. Apakah warna kegemaran mereka? Bagaimana pula pendapat mereka tentang kertas itu? “Kanak-kanak mempunyai pendapat yang sangat kuat dan bijak. Kami juga menyedari bagaimana mereka menggunakan peralatan melukis dan mewarna. Contohnya, jika anda berusia empat tahun dan sedang melukis, anda tidak selalu terfikir untuk menutup pen warna kembali dengan penutup.” Jadi, pen-pen ini boleh bertahan hingga tiga hari tanpa penutup.” Untuk memastikan kualiti yang tinggi pada harga yang sesuai, kerja pembangunan diberikan masa tambahan. “Apa yang kanak-kanak lakukan dan bagaimana mereka melakukannya sangat penting. Itulah sebabnya kami mengambil kira semua maklum balas mereka dan memastikan produk memenuhi keperluan mereka.”

Mudah untuk memulakan

Siri MÅLA telah wujud sejak lama, tetapi ia terus berkembang dan berubah mengikut keperluan serta idea-idea baharu. Semua bahagian seharusnya mudah diambil dan digunakan bila-bila masa timbulnya isnpirasi. “Kanak-kanak tidak perlu ibu bapa di sebelah untuk mula melukis atau mewarna. Mampu melakukan sesuatu sendiri adalah sebahagian penting dalam perkembangan. Anda berkembang seiring dengan tugasan itu.”

Baca lebih lanjut

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Siri MÅLA

Aksesori untuk MÅLA