Struktur terbuka bakul ini menghasilkan rupa yang ringan dan lapang, manakala gentian pisang yang dianyam tangan memberikan rasa hangat yang diperkaya dengan pompom kecil di bahagian sisi. Sesuai untuk menyimpan selimut nipis, kusyen dan pakaian.
Butiran produk
IKEA berkolaborasi dengan perniagaan sosial di seluruh dunia bagi mereka bentuk produk unik yang mewujudkan pekerjaan untuk mereka yang paling memerlukannya.
Produk ini dihasilkan oleh Ramesh Flowers, sebuah perniagaan sosial di India yang mewujudkan pekerjaan berdekatan dengan rumah untuk wanita luar bandar dengan membuat produk lestari daripada bahan sisa organik.
Setiap bakul adalah unik kerana ia diperbuat daripada gentian pisang dengan variasi warna semula jadi dan dianyam secara tangan oleh tukang kraf yang mahir.
Bakul yang besar dan tinggi ini merupakan penyelesaian penyimpanan yang praktikal serta mencantikkan ruang apabila diletakkan di atas lantai.
Boleh dijadikan sebagai hiasan dan juga praktis dan boleh digunakan untuk pelbagai perkara dan dalam beberapa cara yang berbeza-beza bagi memudahkan kehidupan sehari-hari.
Mudah dibawa dari satu bilik ke bilik lain kerana bakul mempunyai 2 pemegang yang kukuh.
Bahan ini menampilkan ciri alam semula jadi ke dalam rumah anda dan menyebarkan rasa tenang dan selesa.
Maria Vinka
Maklumat berguna
Guna hanya di lokasi yang kering.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Anyaman:
- Gentian pisang, Lakuer jernih
- Perhiasan:
- 100% kapas
Penjagaan
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Pengukuran
- Lebar: 28 cm
- Dalam: 25 cm
- Tinggi: 33 cm
- Beban maksimum: 20 kg
Bungkusan
MÄVINN
Nombor artikel906.016.29- Lebar: 40 cm
- Tinggi: 31 cm
- Panjang: 46 cm
- Berat: 0.54 kg
- Bungkusan: 1
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Pandangan pereka
Pandangan pereka
"Saya suka menggunakan koleksi MÄVINN kerana semua ciptaan terhasil melalui kerjasama perniagaan sosial yang mahir. Tema tahun ini ialah ruang hidang, yang mencetuskan idea untuk menyepadukan sesuatu yang boleh dimakan – dan buah tin dirasakan bagai satu pilihan yang sesuai benar. Ulat bulu bertindak sebagai maskot kecil dan menjadi corak berjalur yang berbeza-beza dalam reka bentuk. Saya suka cara bahan organik berpadu dengan warna garang dan berharap anda akan menghargai kerja tangan di sebalik setiap produk."




