Langkau ke kandungan utama

MÄVINN Bakul, kuning air/jut buatan tangan, 30x30x35 cm

Harga RM 59

Bagaimana untuk mendapatkannya

Biarkan alam membantu anda mengatur dan menyimpan. Bentuk segi empat sama dan saiz bakul ini membolehkannya muat di kebanyakan rak. Diperbuat daripada jute tahan lasak yang dianyam dengan tangan oleh para pengrajin mahir.

Nombor artikel806.016.20

Butiran produk

IKEA berkolaborasi dengan perniagaan sosial di seluruh dunia bagi mereka bentuk produk unik yang mewujudkan pekerjaan untuk mereka yang paling memerlukannya.

Produk ini dihasilkan oleh Classical di Bangladesh - perniagaan sosial yang, melalui pengeluaran barangan daripada jut, mewujudkan pekerjaan dan pendapatan tetap untuk wanita di kawasan luar bandar.

Sesuai benar untuk menyimpan selimut, bantal, pakaian dan barang lain yang sering anda gunakan dan ingin sentiasa berhampiran, namun masih tersembunyi.

Bakul storan ini bukan sahaja praktikal tetapi juga mempunyai nilai hiasan, sesuai untuk menyimpan segala-galanya daripada majalah hingga aksesori media.

Saiz yang praktikal, sesuai digunakan di lantai mahupun di atas rak.

Jut ialah bahan tahan lama dengan kepelbagaian warna semula jadi.

Pereka

Maria Vinka

Nombor artikel806.016.20

Maklumat berguna

Guna hanya di lokasi yang kering.

Benar-benar sesuai di atas para-para sekurang-kurangnya sedalam 30 cm.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

100% jut

Penjagaan

Tidak boleh dibasuh.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Jangan seterika.

Jangan lakukan cucian kering.

Pengukuran

  • Dalam: 30 cm
  • Tinggi: 35 cm
  • Lebar: 30 cm

Bungkusan

MÄVINN

Nombor artikel806.016.20
  • Lebar: 31 cm
  • Tinggi: 4 cm
  • Panjang: 32 cm
  • Berat: 0.61 kg
  • Bungkusan: 1

Produk Berkaitan

Disyorkan untuk anda

Pandangan pereka

Pandangan pereka

"Saya suka menggunakan koleksi MÄVINN kerana semua ciptaan terhasil melalui kerjasama perniagaan sosial yang mahir. Tema tahun ini ialah ruang hidang, yang mencetuskan idea untuk menyepadukan sesuatu yang boleh dimakan – dan buah tin dirasakan bagai satu pilihan yang sesuai benar. Ulat bulu bertindak sebagai maskot kecil dan menjadi corak berjalur yang berbeza-beza dalam reka bentuk. Saya suka cara bahan organik berpadu dengan warna garang dan berharap anda akan menghargai kerja tangan di sebalik setiap produk."

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Sisipan & aksesori KALLAX

Aksesori untuk MÄVINN