Keindahan terletak pada kesederhanaannya dengan rupa kayu yang hangat dan semula jadi. Binaannya yang inovatif sangat kukuh dan hanya dengan beberapa klik, meja ini siap terpasang dan sedia untuk digunakan.
Butiran produk
Binaan pintar dan rupa seni tangan menjadikan meja siri LISABO pemenang Anugerah Reka Bentuk Red Dot pada tahun 2016.
Mudah dipasang kerana setiap kaki ada satu kelengkapan sahaja.
Berinspirasikan reka bentuk pesawat, meja LISABO mempunyai teras ringan berbentuk akordion yang diperbuat daripada papan gentian berketumpatan tinggi. Kurang menggunakan bahan namun kuat, stabil dan mudah dialihkan – mampu mengendalikan apa sahaja,
Kayu ash ialah bahan kayu keras yang kukuh dengan corak ira yang indah. Semakin menua, warna menggelap secara sederhana kepada warna gelap jerami.
Permukaan meja diperbuat daripada venir kayu ash dan kaki daripada kayu birch padu mewujudkan rasa semula jadi yang menyamankan pada bilik anda
Meja ini telah duji mengikut stardard terketat kami terhadap kestabilan, ketahanan dan keselamatan bagi menahan kegunaan harian di rumah anda selama bertahun-tahun.
K Hagberg/M Hagberg
Maklumat berguna
4 tempat duduk.
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Boleh digabungkan dengan produk lain dalam siri LISABO.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Panel bahagian atas:
- Venir kayu ash, Venir kayu birch, Kayu birch padu, Kayu lapis birch, Papan partikel, Lakuer arkrilik jernih berwarna, Bod gentian
- Dasar kaki:
- Kayu birch padu, Lakuer arkrilik jernih berwarna
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
LISABO Meja803.657.17Nasihat dan arahan penjagaan
LISABO Meja803.657.17Pengukuran
- Panjang: 140 cm
- Lebar: 78 cm
- Tinggi: 74 cm
Bungkusan
LISABO
Nombor artikel803.657.17- Lebar: 82 cm
- Tinggi: 6 cm
- Panjang: 165 cm
- Berat: 22.22 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk LISABO
Kualiti/ketahanan
Berinspirasikan langit. Dibina untuk rumah anda.
Bagaimanakah kita dapat memperoleh semua keindahan kayu tanpa beratnya? Memandang ke langit menyelesaikan teka-teki reka bentuk kami. Berinspirasikan reka bentuk pesawat, meja LISABO mempunyai teras ringan berbentuk akordion yang diperbuat daripada papan gentian berketumpatan tinggi. Ia membantu kami kurang menggunakan bahan namun menawarkan kekuatan dan kestabilan yang hebat. Memberikan anda meja yang mudah dialihkan dan cukup kuat untuk mengendalikan apa sahaja yang anda lemparkan ke arahnya. Kadangkala, idea reka bentuk terbaik datang daripada memandang tempat yang tidak dijangka.
Pandangan pereka
Pandangan pereka
"Tujuan LISABO direka bentuk adalah untuk menghasilkan siri dengan sentuhan kayu yang tersendiri, ekspresi terapung dan binaan yang tahan lama dan mudah dipasang. Lakuer kusam pada venir kayu ash dipilih agar perabot tersebut dapat mengekalkan sentuhan semula jadi kayu. Teknik khas yang kami gunakan membolehkan meja dihasilkan tanpa selusur sokongan dan dengan tepi condong nampak seperti hasil kraftangan. Perabot ini boleh digunakan dalam pelbagai cara dan unit-unitnya nampak benar-benar menarik bersama-sama atau berasingan."










