LILLABO Set 20 unit asas keretapi, pelbagai warna
Bagaimana untuk mendapatkannya
Semua sedia berseronok berjam-jam lamanya! Bunyi cag-cag di sekeliling bilik, memuatkan kargo, menyambung trek bersama-sama, dan membina kombinasi baharu. Jurutera cilik sedang gigih menghadapi cabaran harian di bengkel kereta api.
Butiran produk
Dengan kereta api ini anda boleh mengelilingi dan mengelilingi dan mengelilingi selama mana yang anda suka. Mungkin terowong tersebut menghala ke satu dunia baharu setiap kali anda melaluinya?
Digabungkan dengan kebanyakan sistem landasan yang berada di pasaran.
Mencetuskan imiginasi, kemahiran motor halus dan pemikiran logikal anak anda.
Henrik Johansson
Maklumat berguna
Set kereta api saling bersambung bersama-sama menggunakan magnet pada wagon.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Landasan:
- Kayu bic padu
- Kenderaan:
- Kayu bic padu, Cat akrilik, Lakuer akrilik jernih
- Terowong:
- Plastik ABS
- Roda:
- Plastik polietilena
- Gandar/ Paku:
- Keluli, Bergalvani
Penjagaan
Lap sehingga bersih menggunakan kain lembap.
Keselamatan dan pematuhan
Pengukuran
Bungkusan
LILLABO
Nombor artikel703.200.55- Lebar: 15 cm
- Tinggi: 8 cm
- Panjang: 27 cm
- Berat: 1.06 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apakah kayu padu?
Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.
Fungsi penyelesaian
LILLABO – dunia trek dan roda yang mengagumkan
Kereta api meluncur laju melalui landskap yang indah, trak bomba dan kereta polis keluar untuk misi penting, kereta memecut laju di tanjakan garaj dan trak kitar semula melakukan tugas pentingnya. Siri LILLABO membolehkan anak anda melibatkan diri dalam dunia yang meriah dan mencipta kisah serta pengembaraan mereka sendiri. Permainan ini merangsang penyelesaian masalah dan meningkatkan kemahiran motor, manakala dunia khayalan membantu kanak-kanak mentafsir dan memahami realiti di sekeliling kita.





