Gabung dan padankan permukaan meja dan kaki pilihan anda – atau pilih gabungan tersedia ini. Kuat dan ringan, dihasilkan melalui teknik yang menggunakan kurang bahan mentah, justeru mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.
Butiran produk
Atas meja mempunyai lubang pragerudi bagi memudahkan rangka bawah dipasang.
Rangka atas papan ialah bahan yang kukuh dan ringan dengan rangka daripada kayu, papan partikal atau papan gentian dan isian kertas kitar semula. Ia kurang memerlukan bahan mentah dan mudah diangkut, lantas mengurangkan impak persekitaran.
Ia mudah untuk memastikan ruang kerja anda sentiasa rapi dan kemas kenana adanya jaring pengurusan kabel dan pengikat.
Terdapat ruang untuk kertas, pad nota dan buku di atas 2 para-para, yang melegakan ruang di atas meja.
Anda boleh mewujudkan ruang untuk barangan besar dan juga kecil dengan mudah kerana para-para atas boleh dialihkan.
Kaki boleh laras menjadikan meja stabil pada lantai yang tidak rata.
Pengukuran
- Panjang: 140 cm
- Lebar: 60 cm
- Tinggi: 73 cm