Diinspirasikan oleh profesional, tetapi disesuaikan untuk anda. Seperti di dapur restoran, kami telah tumpukan pada bahan yang tahan lama dan storan dinding yang bijak yang menyediakan ruang yang diperlukan untuk semua tukang masak yang kreatif di rumah.
Butiran produk
Anda boleh memilih untuk melekapkannya terus pada dinding atau dengan bantuan selusur ampaian KUNGSFORS.
Menjimatkan ruang permukaan atas kerja.
Boleh juga digunakan sebagai penyangkut tuala atau rak penutup periuk.
Boleh digunakan di kawasan yang tinggi kadar kelembapannya.
Ehlén Johansson
Maklumat berguna
Bahan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.
Untuk pengetahuan anda, bahan dinding yang berbeza boleh menyokong berat muatan yang berbeza. Sebagai contoh, dinding diperbuat daripada plaster tidak boleh menyokong muatan seberat dinding yang diperbuat daripada kayu, konkrit atau batu.
Jika anda tidak pasti tentang apakah jenis peralatan memasang untuk digunakan, sila hubungi kedai perkakasan di kawasan anda.
Anda boleh memilih untuk melekapkannya terus di dinding atau dengan bantuan selusur ampaian KUNGSFORS.
Gunakan pendakap dinding yang disertakan untuk lekapan dinding.
Boleh digabungkan dengan lain-lain produk dalam siri KUNGSFORS.
Boleh dipasang dengan skru /kelengkapan yang sesuai daripada siri TRIXIG kami.
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Bahan dalam produk ini mungkin boleh dikitar semula. Sila semak peraturan kitar semula di komuniti anda dan sama ada terdapat kemudahan kitar semula di kawasan anda
Skru untuk lekap dinding dijual berasingan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Keluli tahan karat
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain lembut yang dicelup dengan air dan sabun cuci yang lembut atau sabun jika perlu.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Jangan gunakan serbuk penyental, sabut keluli, peralatan yang keras atau tajam yang boleh mencalarkan permukaan keluli tahan karat.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
KUNGSFORS Selusur703.349.34Pengukuran
- Panjang: 56 cm
- Diameter: 1.3 cm
Bungkusan
KUNGSFORS
Nombor artikel703.349.34- Lebar: 5 cm
- Tinggi: 3 cm
- Panjang: 56 cm
- Berat: 0.22 kg
- Bungkusan: 1







