Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

KUNGSFORS Beg jaring, set 2 unit, asli

Harga RM 19
Harga sebelumnya: RM25

Bagaimana untuk mendapatkannya

Sesuai untuk storan makanan. Buahan dan sayuran kekal segar lebih lama kerana beg jaring mengedarkan udara.

Nombor artikel703.728.36

Butiran produk

Boleh digunakan di kawasan yang tinggi kadar kelembapannya.

Pereka

Ehlén Johansson

Nombor artikel703.728.36

Maklumat berguna

Boleh digabungkan dengan lain-lain produk dalam siri KUNGSFORS.

Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.

Mengandungi: 1 beg jaring 43x32 cm dan 1 beg jaring 37x29 cm. Ukuran merujuk kepada apabila beg diletakkan rata di atas rata. Ia adalah anggaran dan boleh berbeza-beza ‒ bergantung pada apa yang anda simpan dalam beg.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

100% kapas

Penjagaan

Pengecutan maksimum 10%.

Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses lembut.

Jangan gunakan bahan peluntur.

Jangan guna mesin pengering.

Seterika, maksimum 200°C.

Jangan lakukan cucian kering.

Keselamatan dan pematuhan

Diuji dan diluluskan untuk bersentuhan dengan makanan.

Pengukuran

  • Kuantiti pakej: 2 unit

Bungkusan

KUNGSFORS

Nombor artikel703.728.36
  • Lebar: 23 cm
  • Tinggi: 1 cm
  • Panjang: 44 cm
  • Berat: 0.10 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.8Purata pengadaran
12Ulasan
KUNGSFORS Beg jaring, set 2 unit, asli

Storan pintar melancarkan aliran tugas di dapur

Anda juga mungkin pernah mengalami ini: pulang ke rumah dalam keadaan letih selepas seharian bekerja, mengetahui yang anda dan seluruh keluarga memerlukan makanan secepat mungkin. Tetapi ada petua yang membantu memudahkan pemasakan. Dengan siri storan dapur lekap dinding KUNGSFORS kami, perkakas, rempah- ratus dan resipi mempunyai tempatnya masing-masing di dinding dan bukannya bersepah-sepah di atas permukaan kerja dapur. Dengan sedikit usaha gigih, kami berjaya menyembunyikan pendakap dinding dengan baik juga.

Apabila mula menghasilkan KUNGSFORS, kami mendapatkan inspirasi daripada cef dan penulis buku masakan Maximilian Lundin. "Terdapat banyak perkara praktis yang boleh dipelajari dari dapur restoran," kata Maximilian. "Seperti mempunyai peralatan dan bahan-bahan yang mudah diakses supaya anda mempunyai aliran yang lancar semasa memasak, dan mempunyai banyak ruang di atas permukaan kerja dapur."

Melengkapi dinding dapur

Dengan bantuan Maximilian, pasukan pembangunan produk kami telah menghasilkan para-para, grid dan selusur yang boleh anda pasang terus ke dinding atau pada selusur ampaian khas di tempat anda boleh melengkapkan dan mengalihkan barang dengan mudah tanpa perlu menggerudi lubang baharu di dinding. Selusur mempunyai ruang untuk cangkuk yang disediakan untuk semua peralatan, dan juga ruang untuk para-para khas tempat untuk anda meletakkan tablet dengan resipi makan malam pada paras mata.

Memudahkan pemasakan

Siri ini terdiri daripada pelbagai produk yang berbeza-beza dan projek ini memerlukan masa dan kesabaran daripada semua yang terlibat. Jurutera pasukan David Zeberg mengimbas kembali hasil kerja itu. "Salah satu cabarannya adalah untuk menjadikan pendakap dinding selusur tidak kelihatan. Tetapi saya suka akan projek di mana kita merintis sesuatu dan perlu menguji batasan sebelum mencari penyelesaiannya." Bagi cef Maximillian, yang bersemangat tentang sajian enak, ia merupakan satu pengalaman yang baharu untuk terlibat dalam mempengaruhi dapur orang ramai - persekitaran tempat makanan dimasak. "Perkara positifnya ialah semua orang dalam pasukan begitu bercita-cita tinggi bagi memastikan KUNGSFORS akan membantu memudahkan pemasakan", kata Maximillian.

Baca lebih lanjut

Fungsi penyelesaian

Lebih banyak ruang dan aliran yang lebih baik di dapur

Apabila sudu, rempah-ratus dan resipi mempunyai tempat yang jelas dan mudah dilihat di dinding, anda mendapat lebih banyak ruang dan aliran yang lebih baik semasa memasak. Dengan siri KUNGSFORS, kombinasi peribadi dan segala-galanya mudah dihasilkan dan disimpan agar mudah diakses dan anda mendapat gambaran keseluruhan yang jelas di dapur, sama seperti tukang masak profesional. Letakkan kuali di atas para-para terbuka, pisau di atas rak magnet dan perkakas di atas cangkuk. Jadi anda mempunyai segala-galanya berhampiran dan banyak ruang untuk bekerja!

Pandangan pereka

Pandangan pereka

Perkara paling penting ketika saya mereka bentuk siri KUNGSFORS adalah untuk ia menyemarakkan rasa gembira memasak. Siri ini membantu anda memperagakan peralatan dapur, rempah-ratus dan bahan-bahan, yang saya fikir menjadikan dapur kelihatan menarik - di samping membangkitkan selera makan dan keinginan untuk memasak. Saya juga ingin ia membantu menjadikan barang-barang lebih tersusun dan memudahkan pemasakan. Bahagian-bahagiannya boleh digabungkan dalam apa jua cara, jadi ia sesuai dengan dapur besar dan juga kecil - dan keperluan orang ramai yang berbeza-beza.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini