10 tahun jaminan
- Sederhana padat
Nikmati sofa KIVIK yang amat selesa dengan kusyen tempat duduk yang dalam diperbuat daripada spring poket, busa berkeanjalan tinggi dan gentian poliester - menambahkan sokongan yang kukuh dan juga kelembutan yang merelakskan.
Butiran produk
Saiz dan kedalaman sofa menjadikannya benar-benar sesuai untuk tidur sekejap yang lena, dan apabila seluruh keluarga berkumpul, terdapat ruang untuk semua dan malah tempat duduk tambahan pada tempat letak tangan yang lebar.
Tempat letak tangan yang lebar mempunyai ruang untuk segala-galanya daripada telefon mudah alih anda hingga kepada semangkuk kudapan sambil menonton filem – dan ia juga selesa untuk meletakkan kepala anda apabila anda berbaring di sofa untuk berehat.
Sofa KIVIK ada personaliti yang kuat dan ekspresi reka bentuk yang jelas, sementara pilihannya bermakna yang anda boleh memadankannya dengan dekor rumah anda dengan mudah.
Mudah untuk mengabungkan sofa dengan satu atau lebih chaise lounge terima kasih kepada tempat letak tangan yang boleh ditanggalkan.
Spring poket ialah penyelesaian tahan lama yang menjadikan bentuk sofa dan juga keselesaannya dapat dikekalkan selama bertahun-tahun.
Tallmyra ialah sarung cenil tahan lasak yang diperbuat daripada kapas dan poliester kitar semula 100% dan mempunyai permukaan yang lembut dan sedikit kilauan pantul.
Kebersihan sarung mudah dijaga kerana ia boleh dibasuh mesin dan mudah ditanggalkan dan disarungkan semula.
Kami mempunyai banyak sarung boleh ditanggal dan fungsian untuk dipilih, jadi anda sentiasa boleh mencari sesuatu yang sesuai dengan anda. Gunakan alat perancangan untuk mencari gabungan dan sarung yang sesuai untuk anda.
Jaminan selama 10 tahun. Baca tentang syarat di dalam brosur jaminan.
Bahan dan penjagaan
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Bersihkan dengan kain pengesat atau vakum perlahan menggunakan sambungan berus lembut.
Dibasuh mesin, maksimum 40°C, proses normal.
Untuk dicuci berasingan.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Seterika, maksimum 150°C.
Pencucian kering profesional menggunakan tetrakloroetena dan hidrokarbon, proses biasa.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
KIVIK Sarung sofa tiga tempat duduk104.399.48Pengukuran
- Lebar: 228 cm
- Dalam: 95 cm
- Tinggi: 83 cm
- Lebar tempat duduk: 180 cm
- Dalam tempat duduk: 60 cm
- Tinggi tempat duduk: 45 cm
Bungkusan
KIVIK
Nombor artikel105.193.65- Lebar: 90 cm
- Tinggi: 52 cm
- Panjang: 185 cm
- Berat: 55.60 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 92 cm
- Tinggi: 29 cm
- Panjang: 98 cm
- Berat: 25.40 kg
- Bungkusan: 1
KIVIK
Nombor artikel104.399.48- Lebar: 37 cm
- Tinggi: 16 cm
- Panjang: 57 cm
- Berat: 5.95 kg
- Bungkusan: 1













