Langkau ke kandungan utama

IVAR Kabinet, kayu pain, 80x50x83 cm

Harga RM 500

Bagaimana untuk mendapatkannya

Memandangkan sistem storan IVAR dapat melakukannya dengan baik, ia dengan setianya telah memenuhi keperluan pelanggan di seluruh kediaman selama lebih daripada 50 tahun. Loteng, ruang tamu, pantri dan bilik tidur - mereka semua suka IVAR.

Nombor artikel102.150.00

Butiran produk

Kayu padu yang tidak dirawat ialah bahan semula jadi yang tahan lama, malah lebih tahan lasak dan mudah dijaga sekiranya anda meminyak atau melilin permukaannya.

Para-para boleh anda alihkan dan jarak disesuaikan mengikut keperluan anda.

Kayu pain padu ialah bahan semula jadi yang menua dengan indah dan lama-kelamaan memperoleh ciri tersendiri yang unik.

Kabinet masuk muat-muat dalam sistem storan IVAR, tetapi ia juga boleh anda gunakan secara bebas.

Pereka

IKEA of Sweden

Nombor artikel102.150.00

Maklumat berguna

2 para-para boleh laras disertakan.

Boleh diasingkan untuk pengitaran semula atau pemulihan tenaga sekiranya tersedia ada dalam komuniti anda.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Bahan asas/ Panel pintu:
Kayu pain padu
Panel belakang:
Bod gentian, Lakuer akrilik jernih

Penjagaan

Lap sehingga bersih menggunakan kain kering.

Kesan kotoran boleh dihilangkan dengan menggunakan pemadam atau kertas pasir halus.

Boleh dirawat dengan minyak, lilin, lakuer atau cat licau untuk ketahanan yang tinggi dan penjagaan yang mudah.

Keselamatan dan pematuhan

Atas sebab keselamatan, perabot ini tidak seharusnya digantung di dinding."Mesti dipasang pada dinding. Bahan binaan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Pemasangan dan dokumen

Arahan pemasangan

IVAR Kabinet102.150.00

Pengukuran

  • Lebar: 80 cm
  • Dalam: 50 cm
  • Tinggi: 83 cm
  • Beban maks./para-para: 45 kg

Bungkusan

IVAR

Nombor artikel102.150.00
  • Lebar: 49 cm
  • Tinggi: 18 cm
  • Panjang: 87 cm
  • Berat: 27.45 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan

PracticalB.TPractical3

Ulasan pelanggan

3.6Purata pengadaran
8Ulasan

Bahan

Apakah kayu padu?

Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini