- Busa memori
- Belakang
- Sisi
- Perut
- Ergonomik
Rangkul bantal ergonomik ini - reka bentuk rama-rama yang boleh dipeluk menampung semua posisi tidur dan busa memori yang lembut memberikan sokongan dan keselesaan yang baik untuk tidur yang lena.
Butiran produk
Bentuk rama-rama selesa untuk semua posisi tidur. Sama ada anda lebih suka mengiring, menelentang ataupun meniarap atau suka menukar posisi sepanjang malam, bantal ini membantu anda.
Busa memori yang amat lembut membuai kepala, leher dan bahu anda.
Bentuknya membolehkan lengan anda merangkul bantal untuk keselesaan tambahan semasa tidur atau berehat.
Sesuai untuk semua posisi tidur kerana bantal berbentuk dengan sisi tinggi dan juga rendah. Sisi tinggi selesa untuk tidur mengiring/menelentang manakala sisi rendah selesa untuk tidur meniarap.
Sarung mudah ditanggalkan dan boleh dibasuh mesin pada 60°C.
IKEA of Sweden
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Sarung/ Kun alur:
- Poliester 100 % (kitar semula 100%)
- Isi:
- 'Memory foam' poliuretana 43 kg/meter padu.
Penjagaan
Tidak boleh dibasuh.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Jangan guna mesin pengering.
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Dicuci dengan mesin, maksimum 60°C, proses biasa.
Jangan gunakan bahan peluntur.
Pengeringan pada suhu rendah (maksimum 60°C).
Jangan seterika.
Jangan lakukan cucian kering.
Pengukuran
- Panjang: 41 cm
- Lebar: 71 cm
- Tinggi: 12 cm
Bungkusan
ISRANUNKEL
Nombor artikel905.767.38- Lebar: 41 cm
- Tinggi: 13 cm
- Panjang: 70 cm
- Berat: 1.44 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk ISRANUNKEL
Produk Berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Cara menjaga bantal ergonomik anda
Dengan sedikit penjagaan, anda boleh memanjangkan jangka hayat bantal ergonomik anda dan mengekalkannya agar sentiasa segar. Adalah penting untuk tidak mencuci busanya kerana ini akan menjejaskan kualiti dan fungsi bantal. Namun, sarung luar bantal sentiasa boleh dicuci. Tanggalkan sarung daripada busa dan basuh menggunakan mesin pada suhu maksimum 60°C, kitaran biasa. Keringkan menggunakan mesin pengering pada suhu rendah, maksimum 60°C.
Kualiti/ketahanan
Bantal yang direka dengan anda dalam fikiran
Di IKEA, kami memastikan bantal kami memenuhi piawaian kualiti yang tinggi. Pasukan pembangun produk kami yang berdedikasi sentiasa mendengar maklum balas pelanggan dan terus berusaha menambah baik setiap aspek bantal. Ini termasuk ujian menyeluruh terhadap bahan isian, tahap keselesaan dan ketahanan bagi memastikan ia memenuhi standard kualiti kami yang ketat. Kami juga berusaha menggunakan bahan yang tahan lama agar mampu bertahan dalam jangka masa panjang serta memberikan anda tidur yang selesa dan nyenyak selama bertahun-tahun.
Fungsi penyelesaian
Keselesaan tidur yang lebih baik dengan bantal ergonomik
Rasa selesa semasa tidur adalah kunci untuk memanfaatkan sepenuhnya waktu anda semasa berjaga. Kami percaya pada kuasa tidur. Apabila kepala dan leher anda disokong dengan baik oleh bantal, anda akan tidur dengan lebih lena. Namun, setiap orang tidur dengan cara yang berbeza. Ada yang tidur terlentang, ada yang mengiring, dan ada juga yang sering menukar posisi sepanjang malam. Sebab itu bantal ergonomik kami didatangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz, supaya kita semua boleh tidur lena seperti bayi dan bangun dengan lebih segar.








