Lengkap dengan
Bagaimana untuk mendapatkannya
Siri IKEA 365+ mempunyai segala-galanya untuk meja – dinikmati kerana kesederhanaan setiap harinya atau diserikan dengan warna dan aksesorinya Diperbuat daripada porselin Feldspar, jadi keindahannya akan kekal tahun demi tahun.
- Selamat ketuhar gelombang mikro
- Selamat pencuci pinggan mangkuk

Termasuk 6 piring sisi (20 cm), 6 mangkuk (19 cm) dan 6 pinggan makan (24 cm).
Reka bentuk yang klasik dan pintar menjadikan set pinggan mangkuk ini memenuhi semua keperluan anda di rumah, tidak kira apa yang anda makan dan minum, serta tahan digunakan sepanjang 365 hari setahun.
Diperbuat daripada porselin feldspar, yang menjadikan set hidangan ini tahan hentakan dan tahan lasak.
O Wihlborg/W Braasch

Ulasan pelanggan
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Tahan hentakan
Porselin Feldspar tahan hentakan dan impak lebih baik daripada seramik lain. Itulah sebabnya porselin feldspar adalah lebih nipis dari ceramik batu atau seramik. Ini bermakna ia adalah ringan dan tahan lasak dan selamat digunakan dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Kombinasi yang amat berguna.
Kualiti/ketahanan
Tahan kegunaan kerap
Barangan meja IKEA 365+ diperbuat daripada porselin feldspar yang dipilih rapi, menjadikannya sangat kukuh, tahan lama dan tahan impak. Ini bermakna anda boleh menggunakannya setiap hari untuk bertahun-tahun, tanpa hilang kilauan dan warna semula jadinya - dan tanpa perlu risau ia pecah. Anda juga boleh membasuhnya di dalam mesin pencuci pinggan dan kekal yakin ia akan kekal elok bagi jangka masa panjang.
Fungsi penyelesaian
Mudah digunakan dan disimpan
Peralatan makan IKEA 365+ sesuai untuk semua majlis dan pelbagai jenis makanan. Setiap item juga mudah digunakan serta mempunyai pelbagai fungsi. Sebagai contoh, mangkuk sesuai digunakan untuk menghidang dan juga terus makan daripadanya. Peralatan makan ini direka agar selesa dipegang dan mudah disimpan kerana kebanyakan item boleh disusun bertingkat. Praktikal – 365 hari setahun!








