Lengkap dengan

VÅGSTRANDA Tilam spring poket, 180x200 cm
- Ketebalan: 28 cm
- Spring poket
- Pek gulung
- 7 zon selesa
Bagaimana untuk mendapatkannya
Papan kepala yang condong dan upholsteri lembut menjadikan rangka katil ini lebih selesa. Perincian butang klasik dan kaki kayu berukir nampak abadi, manakala laci tutup lembut di bawah katil menambah ruang penyimpanan untuk kegunaan harian.

Katil storan upholsteri IDANAS ada kepala katil yang tebal dan condong yang menyediakan sokongan yang selesa untuk belakang anda, sesuai untuk bermalas-malas pada pagi hari dan malam yang panjang semasa membaca suratkhabar atau buku di katil.
4 laci luas di bawah katil memanfaatkan ruang sebaik-baiknya. Ia bagus untuk menyimpan duvet, sarung bantal dan linen tempat tidur, atau pakaian anda.
Laci terbuka dan tertutup secara senyap dan perlahan-lana, jadi anda boleh menggunakannya tanpa membuatkan rakan anda terjaga.
Perincian klasik pada butang menjadikan kepala katil bagai memikat perhatian di mana-mana bilik tidur.















