Langkau ke kandungan utama
Lebih mampu milik

IDANÄS Katil otoman upholsteri, Gunnared kelabu gelap, 180x200 cm

Harga RM 2099
Harga sebelumnya: RM2,599
Tilam dan cadar dijual secara berasingan.

Bagaimana untuk mendapatkannya

Kepala katil yang condong dan upholsteri lembut menjadikan katil ottoman IDANÄS lebih selesa. Rincian butang klasik tidak lapuk dek zaman, manakala ruang di bawah katil menambah storan sehari-hari yang luas.

Nombor artikel604.589.77

Butiran produk

Katil otoman upholsteri IDANAS ada kepala katil yang tebal dan condong yang menyediakan sokongan yang selesa untuk belakang anda, sesuai untuk bermalas-malas pada pagi hari dan malam yang panjang semasa membaca suratkhabar atau buku di katil.

Ruang storan di bawah katil menampung segala-galanya daripada duvet dan bantal tambahan kepada pakaian bermusim. Atau mengapa tidak papan seterika?

Mudah untuk mencapai barangan anda di bawah katil kerana adanya mekanisme angkat bersepadu. Hanya tarik tali dan dasar akan terangkat dengan lancar dan mudah.

Ruang storan di bawah katil ini mempunyai lapisan pelindung di bahagian dasar, yang memastikan barang-barang anda tidak menyentuh lantai dan kekal bersih serta bebas habuk.

Perincian klasik pada butang menjadikan kepala katil bagai memikat perhatian di mana-mana bilik tidur.

Upholsteri lembut pada sentuhan dan menjadikan masa tidur malahan lebih selesa.

Kain GUNNARED dalam warna kelabu gelap tahan lama dan memberikan gaya abadi kepada bilik tidur.

Mencipta bilik tidur yang terselaras dengan rangka katil ini dengan perabot lain daripada siri IDANAS.

Pereka

Francis Cayouette

Nombor artikel604.589.77

Maklumat berguna

Tilam dan cadar dijual secara berasingan.

Termasuk dasar katil berbilah dan rasuk tengah.

Belakang kepala katil diperkemaskan dengan bahan tanpa tenun berwarna hitam.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Fabrik sokongan/ Bahagian bawah/ Lapik/ Lapik, sisi bawah:
100% polipropilena
Rangka atas/ Rangka bahagian bawah:
Papan lapis, Bod gentian, Kayu venir berlaminat, Papan partikel
Isi:
Busa poliuretana 20 kg/meter persegi
Bod kaki/ Sisi katil:
Bod gentian, Kayu venir berlaminat, Isi poliester
Dasar katil:
Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
Bilah katil:
Venir kayu lapis berglu, Venir kayu birch, Pelekat resin sebagai salutan
Isi:
Poliester 100 %
Cangkuk dan gelung kancing:
Plastik poliamida
Fabrik:
Poliester 100% (pengitaran semula min. 90%)

Penjagaan

Vakum sehingga bersih.

Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.

Sarung tidak boleh dibasuh.

Keselamatan dan pematuhan

Untuk katil otoman ini anda memerlukan tilam dengan berat maksimum 60 kg. Jika tilam melebihi berat maksimum, dasar berbilah akan tiba-tiba jatuh dan mengakibatkan kecederaan.Keupayaan sarung ini untuk tahan lelasan telah teruji untuk menangani 50,000 kitaran. 15,000 kitaran atau lebih sesuai untuk perabot yang digunakan setiap hari di rumah. Lebih 30,000 kitaran bermakna keupayaan baik untuk menahan lelasan.Sarung ada ketahanan warna pada paras 5-6 (kebolehan untuk menahan kelunturan warna) daripada skala 1 hingga 8. Menurut standard industri, ketahanan warna pada paras 4 atau lebih sesuai untuk kegunaan di rumah.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Panjang: 224 cm
  • Lebar: 190 cm
  • Tinggi hujung katil: 39 cm
  • Tinggi kepala katil: 120 cm
  • Panjang tilam: 200 cm
  • Lebar tilam: 180 cm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 4

IDANÄS

Nombor artikel604.589.77
Produk ini mempunyai beberapa bungkusan.
  • Lebar: 37 cm
  • Tinggi: 11 cm
  • Panjang: 203 cm
  • Berat: 22.54 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 52 cm
  • Tinggi: 15 cm
  • Panjang: 194 cm
  • Berat: 29.47 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 75 cm
  • Tinggi: 18 cm
  • Panjang: 194 cm
  • Berat: 19.22 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 21 cm
  • Tinggi: 16 cm
  • Panjang: 204 cm
  • Berat: 27.95 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.8Purata pengadaran
10Ulasan

Aksesori untuk IDANÄS

Pandangan pereka

Pandangan pereka

“Kini, katil bukan sekadar tempat anda tidur, tetapi juga tempat bekerja, belajar, menonton siri TV – dan bersosial secara digital dengan rakan-rakan dan keluarga. Itulah sebabnya salah satu tujuan saya mereka bentuk rangka katil uphosteri IDANÄS adalah untuk menjadikan kepala katil yang condong cukup selesa seperti penyandar sofa. Satu lagi perkara ialah ia sepatutnya memberikan tanggapan tenang dan nyaman, namun masih terasa ringan, bergaya dan elegan. Yang paling penting, saya harap ramai orang suka akan perabot ini dan menghabiskan banyak masa di atasnya!"

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini