"Selepas beberapa percubaan dan kesilapan, kami berjaya menemui penyelesaiannya. Teras papan partikel dan lapisan kayu padu di bahagian luar – atau venir kayu tebal,” kata Johnny. "Ia merupakan gandingan kemahiran tradisional dan kaedah pembuatan moden. Venir nipis kertas telah digunakan dalam pembuatan perabot hiasan yang halus selama berabad-abad, tetapi untuk permukaan kerja kami, kami menggunakan lapisan kayu yang lebih tebal.” Venir yang tebal menjadikan permukaan tahan lasak, dan ia menjimatkan banyak bahan mentah. Daripada jumlah kayu yang sama yang diperlukan untuk membuat satu permukaan kerja yang padu, adalah mungkin untuk menghasilkan lima permukaan kerja venir tebal.
25 tahun jaminan
Jaminan 25 tahun. Baca termanya di dalam risalah jaminan.
Butiran produk
Permukaan atas kerja diperbuat papan partikel diliputi lapisan atas kayu padu Kaedah ini membolehkan kita kurang menggunakan kayu dalam pengeluaran.
Permukaan atas kerja boleh anda potong mengikut panjang yang anda inginkan dan tepinya ditutup dengan 2 jalur tepi yang disertakan.
Buluh ialah bahan tahan lama, boleh diperbaharui dan lestari.
Binaan berlapis menambahkan kestabilan dan menjadikan permukaan kerja kurang sensitif terhadap kelembapan, justeru, kurang berkemungkinan bengkok, terbelah atau merekah berbanding kayu padu.
Untuk pemasangan pantas dan penyelenggaraan mudah, permukaan kerja ini telah dirawat awal dengan minyak lilin keras.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Tidak sesuai untuk digunakan di dalam bilik yang basah.
Tidak sesuai untuk kegunaan di luar bangunan.
Setiap permukaan kerja unik dengan corak ira yang berbeza-beza dan peralihan warna semula jadi yang merupakan sebahagian daripada daya tarikan pada kayu.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
Buluh, Buluh, Buluh, Tepi plastik, Akrilik minyak, Papan partikel, Akrilik minyak, Lakuer akrilik jernih, Lilin
Penjagaan
Bahagian tempat permukaan kerja boleh mengering, seperti tepi dan kawasan di sekeliling sink dan dapur kerap memerlukan rawatan.
Permukaan atas kerja telah diprarawat di kilang menggunakan minyak lilin yang keras. Oleh kerana sifat bahan ini, rawat tepi dan pepotong dengan minyak rawatan kayu sebelum pemasangan.
Bagi memastikan yang permukaan atas kerja anda menua dengan lembut, rawatkannya selalu dengan minyak rawatan kayu; ia memberi kilauan indah pada permukaan, melindungi kayu dan memanjangkan hayat permukaan atas kerja.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
HOLMARED Permukaan kerja105.573.81Pengukuran
- Panjang: 186 cm
- Dalam: 63.5 cm
- Ketebalan: 2.8 cm
Bungkusan
HOLMARED
Nombor artikel105.573.81- Lebar: 67 cm
- Tinggi: 4 cm
- Panjang: 196 cm
- Berat: 23.50 kg
- Bungkusan: 1

Permukaan kerja yang lebih baik dengan menggunakan kayu secara bijak
Kayu merupakan sumber semula jadi yang berharga. Walaupun ia merupakan bahan yang boleh diperbaharui, ia perlu dikendalikan secara bertanggungjawab. Salah satu cara untuk melakukannya adalah dengan menggunakan kayu dengan lebih cekap. Itulah yang kami lakukan dengan permukaan kerja dapur kami yang diperbuat daripada venir tebal.
“Di IKEA, kami mempunyai tradisi untuk cuba menggunakan bahan-bahan yang kami ada melalui cara yang terbaik,” kata Johnny Rietz, yang terlibat dalam membangunkan permukaan kerja dapur yang diperbuat daripada venir tebal. Kerja ini bermula pada tahun 2008 apabila pengasas IKEA, Ingvar Kamprad, melawat salah satu pembekal kami dan menanyakan soalan mudah yang mengambil sedikit masa untuk dijawab: ‘Bagaimanakah kami boleh menghasilkan produk ini dengan menggunakan lebih sedikit pokok?’
Sedikit itu lebih mengesankan!
Tiada kayu yang terbazir
Satu lagi kelebihan teknik pengeluaran ini ialah anda boleh menggunakan keseluruhan pokok; batang sebagai permukaan, dan cebisan sisa – dahan melengkung dan bengkok serta ranting kecil – untuk papan partikel di bahagian dalam. Hasil akhirnya ialah permukaan kerja yang sama aslinya dengan kayu padu, cuma lebih stabil dan lebih tahan terhadap kelembapan. "Kadangkala soalan kecil yang tidak berbahaya boleh membuat perbezaan yang besar. Itulah sebenarnya yang berlaku dengan permukaan kerja dapur kami. Ia bermula sebagai cabaran untuk menggunakan sumber dengan lebih bijak, dan terbukti mempunyai kesan positif bukan sahaja terhadap alam sekitar, tetapi juga kualiti. Saya rasa ia menakjubkan apabila itu berlaku!” kata Johnny.
Kualiti/ketahanan
Dibina dan diuji untuk tahan lama
Kami percaya bahawa permukaan kerja dapur kami harus memenuhi permintaan tertinggi anda dari segi reka bentuk dan prestasi, tanpa kompromi. Itulah sebabnya kami menguji permukaan kerja kami dan membandingkannya dengan cabaran harian yang akan dihadapinya di dapur anda: cecair, minyak, makanan, wap, haba, bongol dan calar. Apabila ia lulus ujian kami, kami tahu ia akan tahan lama, dan kami menjaminnya selama 25 tahun.










