Freddy menunjukkan bagaimana rangka-rangka itu boleh disusun secara menegak, mendatar atau seperti anak tangga, kemudian dilengkapkan dengan para-para, bakul dawai, rel pakaian, laci dan pintu.para-para. "Malahan bahagian luar pun boleh digunakan. Anda boleh meletakkan cangkuk di sana atau rel pakaian yang dipasang di antara dua rangka."
Butiran produk
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Boleh dilengkapkan dengan depan laci FONNES, SKROVA, SKATVAL dan LEKNES. Dijual berasingan.
Sesuai dengan sistem storan PLATSA.
Laci boleh menampung lebih kurang 8 pasang seluar berlipat atau 16 helai kemeja T.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Bahan asas:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Roda:
- Plastik asetal
- Bahagian bawah laci:
- Bod gentian, Kerajang plastik
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
HJÄLPA Laci tanpa bhgn depan403.862.03Pengukuran
- Lebar: 56.4 cm
- Rangka, lebar: 60 cm
- Dalam: 36.3 cm
- Tinggi: 12.0 cm
- Rangka, kedalaman: 40 cm
- Lebar laci (dalam): 53.9 cm
- Kedalaman laci (di dalam): 34.5 cm
- Kapasiti storan: 22 l
Bungkusan
HJÄLPA
Nombor artikel403.862.03- Lebar: 41 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 61 cm
- Berat: 2.74 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Storan yang berubah mengikut anda
Ruang kediaman kita ada kalanya terhad, dan menempatkan segala-galanya boleh menjadi satu cabaran. Dengan sistem storan PLATSA, kami ingin menghasilkan penyelesaian storan yang mudah dan boleh diubah suai yang boleh anda bina semula dan tambah, secara menegak atau mendatar, pada sisi atau di antaranya. Namun begitu, harga sepatutnya rendah namun kualitinya sepatutnya tinggi. Penyelesaiannya: kualiti yang betul di tempat yang betul.
"Anda hanya memerlukan tangan," kata pembangun produk Freddy Kramer sambil mengklik bersama-sama satu demi satu rangka PLATSA. Ya, mengklik. Rahsianya ialah sejenis palam yang dipanggil cemat baji. Freddy seterusnya menjelaskan mengapa memasang atau membuka rangka dengan mudah merupakan rincian penting. "Kehidupan manusia semakin berubah hari ini ─ kita lebih kerap berpindah, tinggal di ruang yang lebih kecil dan mungkin berkongsi rumah dengan orang lain pada masa-masa tertentu. Itulah sebabnya keperluan kita tidak kelihatan sama sepanjang hidup."
Rungkas dan bina semula
Cinta dalam kotak putih
Kualiti adalah sama pentingnya dengan fleksibiliti dan kemudahan pemasangan agar PLATSA benar-benar tahan lama . Tetapi meningkatkan kualiti tanpa menambah harga bukanlah mudah. "Kualiti yang betul di tempat yang betul," kata Freddy lalu membuka pintu kabinet. "Di bahagian luar pintu ini, yang anda lihat dan sentuh setiap hari, kami telah menggunakan kerajang kusam dengan tekstur halus, manakala bahagian dalamnya, yang tidak begitu terdedah, disalut dengan kerajang asas yang lebih ringkas." Projek PLATSA mengambil banyak masa dan komitmen. Tetapi ia juga menyumbangkan hasil. "Kotak putih kosong untuk rangkai itu mungkin kelihatan tidak menarik pada pandangan pertama, tetapi sebenarnya ia adalah kotak putih yang diisi penuh dengan cinta," kata Freddy sambil tersenyum.
Bahan
Apakah keluli?
Keluli mempunyai ciri-ciri unik apabila ia diregangkan dan dibentuk kerana ia kekal kuat. Ia memberikan kekuatan kepada segala-galanya daripada bangunan pencakar langit dan kereta hinggalah rangka katil dan perabot luar. Industri keluli sedang bergerak ke arah pengeluaran yang lebih cekap tenaga dan kualiti keluli yang lebih kukuh. Ia tidak kehilangan sebarang sifatnya apabila dikitar semula dan hari ini keluli merupakan salah satu bahan yang paling banyak dikitar semula di dunia.

