HEMNES Kabinet sink terbuka berlaci satu, putih, 82x48x76 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Penampilan ringkas dan berseni dengan tarikan Scandinavia digabungkan dengan fungsi moden seperti laci bergerak lancar yang tutup dengan perlahan-lahan setiap kali dan para-para berguna untuk tuala mewah anda yang cantik.
Butiran produk
Padan benar dengan produk lain dalam siri HEMNES.
Penampilan laci dan tombol yang ringkas dan berseni menjadikan ekspresi Scandinavia lebih menarik.
Para-para terbuka memudahkan anda melihat dan mencapai barang-barang anda.
Laci telah diuji secara ketat bagi memastikan ia boleh dibuka dan ditutup selama bertahun-tahun pada waktu sibuk pagi.
Laci bergerak lancar dengan penahan tarik keluar terbuka sepenuhnya untuk gambaran keseluruhan yang jelas tanpa terjatuh keluar.
Anda boleh merasa ketenangan setiap kali anda menutup laci kerana adanya mekanisme penutup perlahan. Jangan risaukan tentang jari terperangkap.
Laci yang lapang mempunyai ruang untuk barang-barang seperti berus, penyembur dan aksesori manakala tuala disimpan dengan mudah di atas para-para bawahnya.
Anda boleh memanfaatkan sebaik-baiknya ruang di dalam laci kerana adanya reka bentuk pintar perangkap air yang menghalakan perpaipan ke bahagian paling belakang kabinet.
T Christensen/K Legaard
Maklumat berguna
Tombol disertakan.
Dua orang diperlukan untuk memasang perabot ini.
Pastikan bahan binaan dinding bilik mandi anda boleh menampung berat perabot. Jika anda tidak pasti tentang pemasangannya, hubungi pakar tentangnya.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Bahan asas/ Panel bahagian atas:
- Bod gentian, Lapisan serbuk poliester berpigmen
- Bahagian tepi laci/ Bahagian belakang laci:
- Kayu pain padu, Lakuer akrilik jernih
- Bahagian bawah laci:
- Papan partikel, Lapisan melamina, Lapisan melamina, Plastik ABS
- Isi:
- Papan partikel, Lapisan melamina, Cat akrilik, Lapisan melamina
- Rel bahagian bawah:
- Kayu bic padu, Cat akrilik
Penjagaan
Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Kesan basah perlu dikeringkan secepat mungkin agar lembapan tidak sempat meresap.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
HEMNES Kabinet sink terbuka berlaci satu103.966.99Pengukuran
- Lebar: 82 cm
- Dalam: 48 cm
- Tinggi: 76 cm
Bungkusan
HEMNES
Nombor artikel103.966.99- Lebar: 45 cm
- Tinggi: 11 cm
- Panjang: 78 cm
- Berat: 13.23 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 50 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 87 cm
- Berat: 13.21 kg
- Bungkusan: 1
Proses rekabentuk
Bagaimana kami dapatkan bantuan untuk membangunkan HEMNES
Semasa kami membangunkan produk baharu untuk siri bilik mandi HEMNES, kami membentuk kumpulan dalam talian dan menjemput mereka yang tidak bekerja dalam pembangunan produk untuk mencipta bersama kami. Lebih ramai orang bermakna lebih banyak idea, dan lebih banyak cara untuk menyelesaikan beberapa masalah sehari-hari di rumah. Itulah sebabnya siri HEMNES kini turut mempunyai bangku storan, penyokong sink terbuka, para-para dinding dan kabinet tinggi dengan pintu kaca.


