HEKTAR Lampu lantai, kelabu gelap
Bagaimana untuk mendapatkannya
Bentuk logam besar yang ringkas ini diilhamkan daripada lampu lama di tempat seperti kilang dan teater. Digunakan bersama, lampu HEKTAR menyokong pelbagai aktiviti dan mencipta penampilan bersatu serta rustik dalam bilik.
Butiran produk
Kepala lampu terlebih besar menghasilkan cahaya terpumpun yang terang untuk membaca dan cahaya umum yang terang untuk kawasan yang lebih kecil.
Anda boleh mengarahkan cahaya dengan mudah ke tempat yang diingini kerana kepala lampu boleh dilaras. Contohnya, anda boleh halakan cahaya ke buku yang dibaca, gunakannya sebagai lampu sorot atau halakan untuk memfokuskan pada bahagian tertentu di bilik.
Ola Wihlborg
Maklumat berguna
Mentol lampu dijual berasingan. IKEA mencadangkan mentol LED glob putih opal E27.
Pengendalian sisa yang khusus mungkin diperlukan. Sila hubungi pihak berkuasa tempatan anda untuk maklumat lanjut.
Boleh dilengkapkan dengan lampu lain dalam siri yang sama.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Tiub/ Terendak lampu:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Berat:
- Konkrit, Plastik polietilena
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
HEKTAR Lampu lantai602.165.49Nasihat dan arahan penjagaan
HEKTAR Lampu lantai602.165.49Pengukuran
- Maksimum: 53 W
- Tinggi: 181 cm
- Diameter terendak lampu: 31.5 cm
- Panjang kord: 187 cm
- Diameter dasar: 34 cm
Bungkusan
HEKTAR
Nombor artikel602.165.49- Lebar: 38 cm
- Tinggi: 26 cm
- Panjang: 73 cm
- Berat: 10.13 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apa itu aluminium?
Selepas besi, aluminium adalah logam kedua paling banyak digunakan di dunia dengan pelbagai kegunaan. Ia ringan dan mudah dibentuk, namun kuat dan tahan lama. Dalam koleksi kami, aluminium digunakan untuk peralatan dapur, rod langsir, dan cawan lilin kecil. Kelebihan utama aluminium ialah ia boleh dikitar semula berulang kali tanpa kehilangan kualitinya. Kitar semula menggunakan hanya sebahagian kecil tenaga berbanding menghasilkan aluminium daripada bahan mentah baru.
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Apabila saya mereka bentuk lampu sorot HEKTAR, saya begitu terinspirasi dengan rupanya sehingga saya mereka bentuk beberapa lampu lagi. Kilang-kilang lama menginspirasikan saya dan ingin menampilkan perasaan itu ke dalam rumah. Terendak lampu besar yang diperbuat daripada logam berkontras dengan lapisan berwarna krim berkilat di bahagian dalamnya. Ini, bersama dengan rincian jelas, adalah apa yang mewujudkan nuansa perindustrian. Kerana adanya terendak yang besar dan lapik nipis HEKTAR memancarkan cahaya yang terang, dan banyak."



