Sistem storan HEJNE adalah kukuh dan cukup kuat walaupun untuk beban terberat di garaj, bawah tanah atau loteng anda. Kekalkan kayu padu sama ada tidak dirawat atau diwarna, cat atau lilin sesuka anda, untuk menjadikannya lebih peribadi.

Anda boleh mengembangkan kombinasi anda dengan mudah sekiranya memerlukan lebih banyak ruang simpanan dengan menambah bahagian dan rak.
Kayu padu yang tidak dirawat ialah bahan semula jadi yang tahan lama, malah lebih tahan lasak dan mudah dijaga sekiranya anda meminyak atau melilin permukaannya.
Anda boleh memperibadikan perabot ini dengan lebih lagi dengan mewarnakan atau mengecatnya dengan warna kegemaran anda.
IKEA of Sweden

Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.
Aksesori untuk HEJNE
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Bahan
Apakah kayu padu?
Kayu padu ialah salah satu bahan kegemaran kami dan merupakan sebahagian daripada warisan Scandinavia kami. Ia juga merupakan bahan yang tidak lapuk dek zaman dengan pelbagai kegunaan. Tanpa mengira spesies kayu, ia tahan lama, indah dan boleh diperbaharui. Kami berusaha untuk menggunakan bahan mentah ini seboleh-bolehnya dengan bijak dan cekap bagi mengelakkan pembaziran – dan kami juga melabur dalam kemudahan dan logistik supaya penggunaan kayu kitar semula dapat kami pertingkatkan.









