Langkau ke kandungan utama

HAVBÄCK Penyokong sink dengan laci, putih, 100x48x63 cm

Harga RM 895
HAVBÄCK Penyokong sink dengan laci, kelabu gelap, 100x48x63 cm
HAVBÄCK Penyokong sink dengan laci, kuning air, 100x48x63 cm
HAVBÄCK Penyokong sink dengan laci, putih, 100x48x63 cm

Bagaimana untuk mendapatkannya

Ciri-ciri produk
  • 10 tahun jaminan

Kapasiti storan laci penuh yang besar untuk semua keperluan anda kerana perpaipan dilalukan melalui bahagian belakang dan bukan melalui pepotong di dalam laci. Laci terbuka sepenuhnya bagi memberikan gambaran keseluruhan yang jelas.

Nombor artikel005.352.19

Butiran produk

Laci bahagian bawah yang dalam mempunyai ruang untuk barangan yang lebih besar seperti botol dan tuala. Laci atas sangat sesuai benar untuk menyusun barangan yang lebih kecil seperti berus, krim, penyembur dan aksesori.

Laci dilindungi daripada kerosakan air kerana adanya teknik pengeluaran pintar. Kerajang dibalut secara menegak di sekeliling papan partikel agar tiada tepi yang tidak dilindungi untuk air menembusi.

Boleh berfungsi sebagai penyokong sink dengan sink atau sebagai unit penstoran dengan kaunter atas dan tanpa sink.

Tambah tombol atau pemegang bagi menghasilkan penyelesaian tepat untuk gaya dan cita rasa anda. Dijual berasingan.

Kabinet ini hendaklah dipasang di dinding. Ini mewujudkan rasa yang luas malahan juga memudahkan lantai di bawahnya dibersihkan. Kaki juga mungkin boleh ditambah bergantung pada rupa yang anda suka.

Selusur ampaian yang disertakan memudahkan kabinet dipasang pada dinding. Pasangkan selusur pada dinding, kemudian gantung kabinet pada selusur dan kukuhkan.

Gabungkan dengan kabinet lain dalam siri HAVBÄCK untuk menghasilkan penyelesaian bilik mandi terkoordinasi yang sesuai mengikut ruang dan keperluan anda.

Cemat baji yang unik memudahkan pemasangan dan kelengkapan hampir tidak kelihatan.

2 kaki boleh ditambah. Ia mudah diskru kerana adanya nat sisipan di bahagian bawah kabinet. Dijual berasingan.

Jaminan 10 tahun. Baca termanya di dalam risalah jaminan.

Pereka

Sarah Fager

Nombor artikel005.352.19

Maklumat berguna

Hendaklah dikukuhkan pada dinding untuk pemasangan yang selamat. Bahan binaan dinding yang berbeza-beza memerlukan jenis peranti pemasangan yang berbeza-beza. Gunakan peranti pemasangan yang sesuai untuk dinding rumah anda, yang dijual berasingan.

Jika anda tidak pasti tentang pemasangan, hubungi pakar pemasangan. Pemasangan boleh dilakukan mengikut peraturan sah binaan dan pemasangan paip di kawasan anda.

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Rangka/ Selusur tengah/ Bahagian hadapan laci/ Bahagian tepi laci/ Pembahagi laci:
Papan partikel, Kerajang plastik, Tepi plastik, Plastik tepi (minimum kitar semula 50%)
Selusur atas:
Bod gentian, Kerajang plastik, Tepi plastik, Plastik tepi (minimum kitar semula 50%)
Bahagian belakang laci:
Papan partikel, Kerajang plastik
Bahagian bawah laci:
Bod gentian, Kerajang plastik

Penjagaan

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Lap bersih dengan kain lembut yang dilembapkan dengan larutan air dan sabun cuci atau sabun yang lembut dan tidak kasar jika perlu.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Dalam: 47.5 cm
  • Tinggi: 62.8 cm
  • Lebar kabinet bawah sink: 100.0 cm
  • Lebar: 100.0 cm
  • Depan laci, ketebalan: 16 mm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 2

HAVBÄCK

Nombor artikel005.352.19
Produk ini mempunyai beberapa bungkusan.
  • Lebar: 48 cm
  • Tinggi: 8 cm
  • Panjang: 114 cm
  • Berat: 20.00 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 50 cm
  • Tinggi: 7 cm
  • Panjang: 104 cm
  • Berat: 16.90 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.7Purata pengadaran
3Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini