Bagaimana untuk mendapatkannya
Kerusi makan penyandar bentuk tangga kayu tradisional dengan rupa tersendiri menambahkan ciri di mana-mana sahaja ia diletakkan. Benar-benar sesuai digandingkan dengan meja dan unit storan HAUGA untuk penyelesaian yang serasi dari segi gaya dan fungsi.

- Kayu padu
- Diuji untuk: 110 kg

Kerusi makan/dapur kayu tradisional dengan penyandar berpalang-palang berwarna putih indah digandingkan denagn meja HAUGA.
Untuk tempat duduk yang lebih lembut atau untuk menambahkan sentuhan pada bilik, lengkapkannya dengan pelapik kerusi dalam gaya dan warna pilihan anda.
Kerusi sisi sangat sesuai untuk ruang yang lebih kecil kerana rupa bentuk tanpa lengannya membolehkannya diluncur dengan mudah ke bawah meja apabila tidak digunakan.
Rangka kerusi kayu padu membuatkan binaan tahan lama dan sangat kukuh.
Ola Wihlborg

Ulasan pelanggan
Aksesori untuk HAUGA
Produk berkaitan
Terokai lebih banyak pilihan
Disyorkan untuk anda
Fungsi penyelesaian
Ruang makan yang harmoni dipermudah
Siri HAUGA direka bentuk untuk memudahkan kehidupan sehari-hari di mana-mana rumah, besar atau kecil. Siri ini merangkumi meja dan kerusi kayu dengan daya tarikan tradisional yang menambahkan karakter di mana sahaja ia diletakkan. Ia juga termasuk penyelesaian penstoran yang terselaras dalam pelbagai saiz dan fungsian -membolehkan anda menyimpan set makan malam, tuala, lilin dan apa sahaja yang anda perlukan hanya sejauh dua langkah. Siri HAUGA memudahkan anda mewujudkan ruang makan yang harmoni untuk disukai dan dinikmati setiap hari.









