Langkau ke kandungan utama

GULLABERG Kabinet kasut dgn 4 petak, kelabu, 105x22x107 cm

Harga RM 499

Bagaimana untuk mendapatkannya

Siri GULLABERG ialah perabot storan yang elegan dalam reka bentuk yang lasak dan tradisional dengan rincian seni. Kabinet kasut yang sempit ini mua 8 pasang kasut – jadi anda boleh mencari yang sesuai untuk sebarang majlis.

Nombor artikel305.877.06

Butiran produk

Dalam siri GULLABERG terdapat perabot untuk pelbagai keperluan penstoran, semuanya dalam reka bentuk yang lasak-tradisional namun elegan yang membantu anda mewujudkan rumah yang praktis, teratur dan seragam untuk dinikmati dalam jangka masa yang lama.

Kabinet kasut cetek dengan 4 kompartmen ini boleh muat hingga 8 pasang kasut.

Kabinet kasut mempunyai 1 cangkuk pada setiap sisi, sesuai untuk menggantung jaket atau beg bagi memanfaatkan ruang anda sepenuhnya.

Tombol kayu menjadikan wajah asli dan tradisional lebih menarik.

Letakkan salah satu alas kasut kami di bawah kabinet bagi melindungi lantai anda dan gunakan ruang untuk kasut tambahan.

Kaki tinggi di bahagian hadapan memudahkan bawah kabinet dibersihkan dan membolehkannya tegak rapat dengan dinding di atas papan kambi.

Pereka

Nike Karlsson

Nombor artikel305.877.06

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Panel atas/ Selusur depan/ Bahagian hadapan laci:
Papan partikel, Cat akrilik, Kerajang kertas, Tepi plastik
Panel tepi:
Papan partikel, Cat akrilik, Kerajang kertas
Sekatan:
Papan partikel, Cat akrilik, Tepi plastik
Ketapak/ Kaki:
Bod gentian, Cat akrilik
Selusur belakang:
Papan partikel
Selusur atas:
Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik
Sisipan:
Plastik polipropilena

Penjagaan

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Kesat sehingga bersih dengan kain lembut yang dilembapkan di dalam air.

Keselamatan dan pematuhan

AMARAN! BAHAYA TERBALIK - Perabot yang tidak terpasang dengan kukuh boleh terbalik. Perabot ini hendaklah dipasangkan dengan kukuh pada dinding dengan kelengkapan keselamatan yang disertakan bagi mengelakkannya daripada terbalik.Kediaman anda seharusnya menjadi sebuah tempat yang selamat untuk seisi keluarga. Itu sebabnya kit pengukuh dinding ada termasuk sekali untuk anda mengukuhkan produk di dinding.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Dalam: 22 cm
  • Tinggi: 107 cm
  • Lebar: 105 cm

Bungkusan

GULLABERG

Nombor artikel305.877.06
  • Lebar: 42 cm
  • Tinggi: 15 cm
  • Panjang: 109 cm
  • Berat: 28.65 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

5Purata pengadaran
3Ulasan

Aksesori untuk GULLABERG

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini