Langkau ke kandungan utama

GRÅFJÄLLET Rak pakaian dengan storan kasut, antrasit, 90x36x175 cm

Harga RM 199

Bagaimana untuk mendapatkannya

Berilhamkan persekitaran kilang dan industri tradisional dengan bentuk dan perincian yang kemas dan jelas seperti tanggam dan kelengkapan logam yang boleh dilihat.

Nombor artikel805.702.23

Butiran produk

Logam tahan lama menjadikannya mudah dipadankan dengan gaya yang berbeza-beza, sama ada anda mencari fungsi asas perabot ataupun mencari sesuatu yang boleh menghasilkan wajah yang sedikit asli dan vintaj di rumah.

Para-para atas yang diperbuat daripada papan partikel dan kerajang menyediakan permukaan praktis untuk aksesori, beg atau kotak – manakala para-para bawah dengan tiub keluli sesuai untuk kasut atau kotak.

Kedua-dua hujung selusur pakaian juga berfungsi sebagai cangkuk, sesuai untuk pakaian labuh dan beg.

Tiub keluli melintang pada sisi praktis untuk menggantung skarf atau aksesori lain.

Alas kasut BAGGMUCK sesuai benar di bawah rak pakaian dan menyediakan ruang untuk 4 kasut.

Kaki boleh laras dengan tukup logam memastikan rak pakaian berdiri teguh pada tempatnya – juga di atas lantai yang tidak rata.

Anda boleh menggabungkannya dengan perabot lain dalam siri GRÅFJÄLLET untuk menghasilkan rupa yang seragam.

Pereka

Ebba Strandmark

Nombor artikel805.702.23

Maklumat berguna

Termasuk kaki boleh laras

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Rangka:
Keluli, Salutan serbuk
Para-para:
Papan partikel, Kerajang kertas, Tepi plastik

Penjagaan

Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Pemasangan dan dokumen

Pengukuran

  • Dalam: 36 cm
  • Tinggi: 175 cm
  • Lebar: 90 cm

Bungkusan

GRÅFJÄLLET

Nombor artikel805.702.23
  • Lebar: 43 cm
  • Tinggi: 10 cm
  • Panjang: 94 cm
  • Berat: 9.60 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.9Purata pengadaran
13Ulasan

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini