Bagaimana untuk mendapatkannya
Menyemak ketersediaan...Siri GLAMBERGET adalah perabot pintar, jimat ruang dan pelbagai fungsi. Kefleksibelan katil boleh dipanjangkan dan pembahagi bilik membolehkan anda menyediakan ruang peribadi anda sendiri – dengan pantas dan mudah.

Reka bentuk katil boleh dipanjangkan GLAMBERGET kompak sangat sesuai untuk ruang yang sempit atau di bawah siling yang rendah, jadi ruang anda boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh kerana ia boleh dipanjangkan, ia muat sebarang tilam antara 80-160x200 cm.
2 kotak storan disertakan di dalam katil boleh dipanjangkan, benar-benar sesuai untuk mengubah ruang yang tidak digunakan di bawah katil anda kepada storan yang berharga. Lebih-lebih lagi, ia mudah untuk diluncurkan keluar kerana ianya beroda!
Pembahagi bilik GLAMBERGET membantu anda mewujudkan rasa seperti adanya bilik yang berasingan di dalam bilik. Cara yang pantas dan mudah bagi mewujudkan ruang yang berbeza-beza untuk menjamu selera dan bersosial - atau untuk tetamu yang bermalam.
Fabrik pada pembahagi bilik mudah ditanggal, dibasuh dengan mesin - dan diperibadikan jika anda suka.
Termasuk dasar katil berbilah, palang tengah tidak diperlukan.
Tilam dan cadar dijual secara berasingan.
Sarung yang boleh ditanggalkan dan dibasuh.


- 606.404.58
1 × GLAMBERGET
Katil boleh dipanjangkan- Lebar: 41 cm
- Tinggi: 12 cm
- Panjang: 215 cm
- Berat: 36.25 kg
406.404.591 × GLAMBERGET
2 kotak storan katil dan 2 dulang- Lebar: 46 cm
- Tinggi: 12 cm
- Panjang: 93 cm
- Berat: 20.30 kg
805.647.451 × GLAMBERGET
Penyekat bilik- Lebar: 16 cm
- Tinggi: 6 cm
- Panjang: 148 cm
- Berat: 4.96 kg
Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.











