GLAMBERGET Set 3 unit perabot bilik tidur
Bagaimana untuk mendapatkannya
Produk berkaitan
Siri GLAMBERGET adalah perabot pintar, jimat ruang dan pelbagai fungsi. Dengan menggabungkan katil boleh dipanjangkan, almari pakaian dan pembahagi bilik, anda boleh mewujudkan bilik dalam bilik dengan mudah.

Reka bentuk katil boleh dipanjangkan GLAMBERGET kompak sangat sesuai untuk ruang yang sempit atau di bawah siling yang rendah, jadi ruang anda boleh dimanfaatkan sepenuhnya. Oleh kerana ia boleh dipanjangkan, ia muat sebarang tilam antara 80-160x200 cm.
2 kotak storan disertakan di dalam katil boleh dipanjangkan, benar-benar sesuai untuk mengubah ruang yang tidak digunakan di bawah katil anda kepada storan yang berharga. Lebih-lebih lagi, ia mudah untuk diluncurkan keluar kerana ianya beroda!
Pembahagi bilik GLAMBERGET membantu anda mewujudkan rasa seperti adanya bilik yang berasingan di dalam bilik. Cara yang pantas dan mudah bagi mewujudkan ruang yang berbeza-beza untuk menjamu selera dan bersosial - atau untuk tetamu yang bermalam.
Fabrik pada pembahagi bilik mudah ditanggal, dibasuh dengan mesin - dan diperibadikan jika anda suka.



Produk ini terdiri daripada lebih daripada satu komponen. Anda boleh mendapatkan butiran komponen ini di bawah.















