Langkau ke kandungan utama

GLADHÖJDEN Meja duduk/diri, putih, 100x60 cm

Harga RM 699
GLADHÖJDEN Meja duduk/diri, kelabu muda/antrasit, 100x60 cm
GLADHÖJDEN Meja duduk/diri, putih, 100x60 cm

Bagaimana untuk mendapatkannya

Bekerja dari rumah? Meja duduk/berdiri ini menjadikan hari kerja lebih selesa. Spring gas menaikkan dan menurunkan bahagian atas meja secara senyap dan lancar – dan membantu anda menikmati hari kerja yg sihat di rumah, walaupun di ruang lebih kecil.

Nombor artikel604.939.52

Butiran produk

Meja duduk/berdiri ini tidak memerlukan elektrik, jadi ia boleh diletakkan di mana-mana sahaja dan tanpa kabel yang tidak kemas.

Ketinggian meja boleh anda laraskan antara 72 dan 115 cm dengan memegang dan menjepit pemegang dan kemudian menolak bahagian atas meja ke atas/bawah sehingga anda mempunyai kedudukan yang diingini untuk berdiri atau duduk.

Spring gas dan tapak keluli yang stabil membolehkan meja dinaikkan/diturunkan secara senyap-senyap, cepat dan selamat ke ketinggian yang selesa.

Mengubah kedudukan antara duduk dan berdiri bantu mengerakkan tubuh anda agar boleh berkerja dan berasa lebih baik.

Permukaan atas meja yang lebar menyediakan permukaan kerja yang lapang dan membolehkan anda duduk pada jarak yang selesa dari monitor komputer.

Meja ada reka bentuk bergaya dan ringkas dengan kemasan kusam.

Kaki getah di bahagian bawah memastikan tempat letak kaki kekal pada tempatnya di atas lantai dan melindungi permukaan sensitif.

Permukaan melamina; tahan lasak, tahan kotoran dan mudah dijaga agar bersih.

Pereka

Andreas Fredriksson

Nombor artikel604.939.52

Bahan dan penjagaan

Jenis bahan

Rangka bawah/ Palang silang/ Plat pemasangan:
Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
Pendakap lekap:
Keluli
Luncur/ Lengan:
Plastik asetal
Atas meja:
Papan partikel, Lapisan melamina, Cat, Cat, Tepi plastik

Penjagaan

Lap bersih menggunakan kain yang dilembapkan di dalam larutan pencuci lembut.

Kesat sehingga kering dengan kain bersih.

Untuk meningkatkan kestabilan, ketatkan semula skru selepas kira-kira dua minggu selepas pemasangan dan apabila perlu.

Keselamatan dan pematuhan

Meja ini telah dibangunkan dan diuji untuk kegunaan pejabat dan memenuhi keperluan demi keselamatan, ketahanan dan kestabilan, seperti yang dinyatakan dalam piawaian berikut: EN 527-2.Meja ini telah dibangunkan dan diuji untuk kegunaan pejabat rumah dan sekali-sekala dan memenuhi keperluan demi keselamatan, ketahanan dan kestabilan, seperti yang dinyatakan dalam piawaian berikut: ANSI/BIFMA X6.5.

Pemasangan dan dokumen

Nasihat dan arahan penjagaan

GLADHÖJDEN Meja duduk/diri604.939.52

Pengukuran

  • Beban maksimum: 10 kg
  • Lebar: 100 cm
  • Dalam: 60 cm
  • Ketinggian maksimum: 115 cm
  • Tinggi minimum: 72 cm

Bungkusan

Produk ini mengandungi pakej 2

GLADHÖJDEN

Nombor artikel604.939.52
Produk ini mempunyai beberapa bungkusan.
  • Lebar: 77 cm
  • Tinggi: 8 cm
  • Panjang: 95 cm
  • Berat: 14.14 kg
  • Bungkusan: 1
  • Lebar: 65 cm
  • Tinggi: 3 cm
  • Panjang: 107 cm
  • Berat: 8.47 kg
  • Bungkusan: 1

Ulasan pelanggan

4.4Purata pengadaran
17Ulasan

Aksesori untuk GLADHÖJDEN

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini