Bagaimana untuk mendapatkannya
Meja yang ringan dan serba guna yang boleh dipusing dan diletakkan untuk muat walaupun di ruang yang sangat sempit – di tepi katil, di ruang masuk atau di ruang tamu. Dulang dan panel sisi mudah dialih.
Butiran produk
Mudah disesuaikan untuk kegunaan fleksibel di bahagian yang berbeza-beza di rumah, terutama sekali jika anda tinggal di ruang yang kecil.
Dulang dan panel sisi boleh ditanggalkan, mewujudkan banyak kemungkinan untuk menyesuaikan meja bagi memanfaatkan ruang terhad secara maksimum.
Rangka diperbuat daripada buluh, bahan serat yang kuat, tahan lama dan fleksibel yang menua dengan indah dan membentuk karakter uniknya sendiri dari semasa ke semasa.
Hasilkan gaya peribadi dengan melengkapkan meja dengan salah satu kotak berdimensi kami.
Dengan bahannya yang ringan, meja ini mudah dialih apabila anda membersihkan, menyusun semula perabot atau perlu menggunakannya di tempat lain di rumah.
Permukaan keluli salutan serbuk tahan lama dan mudah dibersihkan.
Kaki plastik melindungi lantai daripada calar. Termasuk meja tambahan dan ia boleh dipasang di tempat yang berbeza-beza bergantung pada cara anda ingin menggunakan meja.
Zhelin Lian
Maklumat berguna
Untuk kegunaan di dalam bangunan sahaja.
Beban maksimum di atas permukaan atas meja: 10 kg.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Rangka kaki:
- Lakuer jernih,Buluh
- Selusur:
- Buluh,Lakuer jernih
- Para-para:
- Lakuer jernih,Venir buluh,Bod gentian
- Panel belakang:
- Lakuer jernih,Bod gentian,Venir buluh
- Panel tepi:
- Salutan serbuk,Keluli
- Atas meja:
- Keluli,Salutan serbuk
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
GILLERSBERG Meja sisi katil406.179.20Nasihat dan arahan penjagaan
GILLERSBERG Meja sisi katil406.179.20Pengukuran
- Dalam: 38.5 cm
- Tinggi: 56 cm
- Lebar: 38.5 cm
Bungkusan
GILLERSBERG
Nombor artikel406.179.20- Lebar: 40 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 58 cm
- Berat: 4.80 kg
- Bungkusan: 1
Aksesori untuk GILLERSBERG
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Apabila saya mula melakar meja sisi GILLERSBERG, saya mengganggap fleksibiliti sebagai satu yang perlu. Sebenarnya saya mempunyai ruang kediaman yang kecil supaya ia muat di pelbagai bahagian dan memenuhi pelbagai keperluan. Bukan sahaja ia praktis kerana ia boleh dipusing dan diletakkan dengan cara yang berbeza-beza dan dulang serta panel sisi mudah dialih, malahan tidak disangka ia juga menarik. Bahan-bahan yang ringan memudahkan meja dialih, dan rasa ringan dipertingkatkan oleh warna-warna terang."





