Biarkan secebis alam semula jadi menjaga barangan anda dan alihkannya ke tempat yang anda suka. Gunakan perabot storan daripada rotan anyaman tangan ini untuk sentiasa ada koleh kopi, buku kegemaran dan cermin mata berhampiran.
Butiran produk
Anyaman tangan oleh tukang-tukang mahir, menjadikan setiap unit perabot storan unik.
Mudah digerakkan ke mana-mana sahaja kerana unit storan ada 4 roda. Juga mudah dibawa kerana adanya pemegang yang mudah digenggam di bahagian atas.
Rotan ialah bahan semula jadi yang menua dengan indah dan lama kelamaan melahirkan ciri uniknya sendiri.
Anda boleh menyimpan cawan kopi dan buku atau majalah kegemaran anda berhampiran di atas para-para.
Unit perabot dalam siri FRYKSÅS sepadan antara satu sama lain. Gabungkannya sesuka hati anda atau gunakannya secara sendirian.
Eva Lilja Löwenhielm
Pengukuran
- Muatan maksimum: 24 kg
- Beban maks./para-para: 8 kg
- Lebar: 37 cm
- Dalam: 46 cm
- Tinggi: 53 cm