FRÖTORP Meja kopi, antrasit kesan marmar/hitam kaca, 88 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
Bentuk bulat dan bahan serta kemasan yang berbeza-beza nampak dinamik namun seimbang. Meja sisi hitam ini menggabungkan ekspresi moden yang rapi dengan binaan yang kukuh dan ciri-ciri praktis
Butiran produk
Reka bentuk yang difikirkan dengan baik dengan pelbagai bahan dan kemasan. Permukaan meja daripada kaca yang diasapi, kaki keluli tiub bersalut serbuk dan ruang peragaan kesan marmar di bahagian bawah – memberikan meja ini satu ciri peribadi.
Gabungkan meja daripada saiz yang berbeza-beza bagi mewujudkan bilik yang dinamik dan menikmati ruang meja yang lebih luas.
Papan pada ruang di bawah boleh diterbalikkan, membolehkan anda memilih antara kesan marmar agar nampak lebih ceria atau permukaan hitam padu untuk menambah ekspresi minimalis.
Permukaan kaca meja kalis kotor dan mudah dibersihkan.
Meja kopi/sisi FROTORP yang bulat ada wajah yang kemas dan padu dengan bahan yang tahan dan juga abadi.
S Fager/H Preutz
Maklumat berguna
Beban maksimum di atas permukaan meja: 20 kg.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Panel/ Rangka bawah:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Bahagian bawah rangka:
- Bod gentian, Kerajang kertas, Tepi plastik
- Panel kaca:
- Kaca terbaja, Cat
Penjagaan
Lap sehingga bersih menggunakan kain lembap.
Kesat sehingga kering dengan kain bersih.
Kerap periksa yang semua pengancing yang dipasang diketatkan dengan betul dan diketatkan semula jika perlu.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
FRÖTORP Meja kopi504.975.83Nasihat dan arahan penjagaan
FRÖTORP Meja kopi504.975.83Pengukuran
- Diameter: 88 cm
- Tinggi: 35 cm
- Beban maksimum: 20 kg
- Beban maks./para-para: 10 kg
Bungkusan
FRÖTORP
Nombor artikel504.975.83- Lebar: 94 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 95 cm
- Berat: 23.11 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk FRÖTORP
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“FRÖTORP adalah idea tentang mereka bentuk meja kopi dan meja sisi dengan nuansa moden untuk rumah kontemporari dan serba guna. Ia sesuai untuk semua jenis aktiviti dan majlis – dan boleh dialihkan ke sana-sini untuk aktiviti seperti menonton TV bersama dengan keluarga atau parti besar. Bentuk bulatnya memudahkan ia bergerak ke sana-sini dan ketinggian yang berbeza-beza mewujudkan ekspresi dinamik. Akhir sekali, kami inginkan kemasan yang bergaya dan sedikit mewah dengan pelbagai bahan yang mempunyai permukaan kusam dan berkilat.









