




- Penghalang
Rod unik ini seakan-akan tongkat yang menempatkan bidai secara magik betul-betul di tempat anda inginkannya. Fabrik penyekat berlaminat menghalang semua cahaya daripada menembusi ke dalam - jadi anda boleh menikmati tidur yang lebih lama di pagi hari.
Butiran produk
Fabrik menghalang semua cahaya dan silau pada TV/skrin. Ia memberikan privasi sepenuhnya kerana bentuk atau cahaya tidak dapat dilihat dari luar dan peralihan antara siang/malam tidak dapat dibezakan.
Sesuai benar untuk mereka yang sensitif terhadap cahaya semasa tidur, pada bila-bila masa sepanjang hari.
Bidai mengurangkan haba daripada matahari serta kehilangan haba dari tingkap yang terlalu berangin. Untuk kesan terbaik, lekapkan bidai di dalam ceruk tingkap, atau sedekat mungkin dengan tingkap bagi mengelakkan luang.
Boleh dipotong mengikut lebar yang diingini.
Bidai boleh dipotong dan dipotong semula agar sesuai dengan tingkap yang lebih kecil. Pastikan yang ia tidak melebihi panjang potongan maksimum.
Boleh dilekap pada bahagian dalam atau luar bingkai tingkap, atau di dalam siling.
Bidai tanpa kord untuk mempertingkatkan keselamatan kanak-kanak.
Fabrik bidai ini diperbuat daripada poliester daripada botol PET kitar semula Menggunakan sisa sebagai sumber membawa kita selangkah lebih dekat ke masa depan yang lebih lestari.
David Wahl
Pengukuran
- Lebar fabrik: 60 cm
- Lebar pengulung: 65 cm
- Panjang: 195 cm
- Kawasan: 1.17 m²