Penapis zarah dioptimumkan untuk menapis kira-kira 99.5 % daripada zarah bawaan udara yan lebih kecil seperti zarah PM2.5, habuk dan debunga.
PM2.5 ialah zarah kecil yang boleh disedut, yang berukuran 0.1-2.5 mikrometer.
Penapis gas (dijual berasingan) membersihkan udara daripada pelbagai bahan pencemar gas seperti formaldehid, yang terdapat dalam benda seperti produk pembersihan/isi rumah serta pelbagai jenis fabrik dan bahan.
Penapis gas membantu mengurangkan bau asap, bau masakan dan bau lain yang tidak menyenangkan yang mungkin ada di rumah.
Anda boleh menetapkan pembersih udara kepada 3 kelajuan kipas yang berbeza-beza dan dengan itu boleh menyesuaikannya mengikut keperluan rumah anda.
Tetapkan pembersih udara pada mod tidur, kelajuan kipas paling rendah dengan hingar rendah, pada waktu malam supaya anda boleh tidur dengan lena semasa udara dibersihkan.
Sensor ini mengesan zarah halus (PM2.5) di dalam udara. Ia tidak dapat mengesan gas atau bau.