FINMAT Periuk dengan penutup, kuprum/keluli tahan karat, 3 l
Bagaimana untuk mendapatkannya
15 tahun jaminan
- Keluli tahan karat
- Kuprum
- Ketuhar selamat
- Serasi dengan semua hob
Periuk FINMAT direka bentuk oleh Ilse Crawford – dan sama menginspirasikan untuk memasak di dalamnya seperti untuk dihidangkan daripadanya. Tembaga tradisional dan keluli tahan karat tahan lasak menjadikannya indah dan juga mudah digunakan.
Butiran produk
Siri FINMAT, yang direka bentuk oleh Ilse Crawford, ialah unit alat memasak daripada tembaga dan keluli tahan karat yang menarik untuk dilihat dan ringkas serta menginspirasikan untuk digunakan.
Berfungsi dengan baik di atas semua jenis hob termasuk hob aruhan.
Tembaga lama kelamaan menjadi gelap dan menjadi kusam secara semula jadi, oleh itu anda sentiasa boleh memilih sama ada anda ingin mengekalkan patina yang cantik ataupun menggilap sehingga berkilat agar alat memasak anda kelihatan seperti baharu semula.
Tepi direka bentuk supaya cecair tidak menitis selepas dituang.
Tembaga mempunyai rupa yang teguh dan taktll yang menambahkan sentuhan lembut pada dapur, di samping menghasilkan pemindahan haba yang sekata dan juga cekap.
Bahagian dalam diperbuat daripada keluli tahan karat yang tahan lama, yang menjadikan periuk mudah digunakan dan juga dibersihkan.
Anda boleh menggunakan periuk ini di atas dapur dan juga di dalam ketuhar, dan bawa ke meja dan hidangkan daripadanya.
Bahagian dalam yang berkilat seperti cermin membayangkan bahan-hahan dan meningkatkan pengalaman memasak.
Penutup keluli tahan karat memantulkan haba ke bawah ke dalam perkakas memasak, mendidihkan makanan dengan pantas.
Berat penutup seimbang supaya ia boleh diletakkan di tepi periuk jika anda mahu ia separa terbuka.
Dasarnya daripada keluli tahan karat yang digilap yang sangat berfungsi di atas dapur aruhan.
Gantungkan alat memasak anda untuk diperagakan bagi menampilkan dapur dengan wajah yang tradisional dan profesional.
Pilih satu, beberapa atau semua alat memasak dalam siri FINMAT - ia direka bentuk untuk saling lengkap-melengkapi dan memperbaiki lagi masakan anda.
Alat memasak boleh ditindan bagi menjimatkan ruang jika anda ingin menyimpannya di dalam kabinet dapur.
Jaminan 15 tahun. Baca termanya di dalam risalah jaminan.
Ilse Crawford
Maklumat berguna
Ia mudah untuk mengilatkant tembaga yang kusam atau kotor dengan campuran cuka putih dan garam.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Badan:
- Aluminium, Keluli tahan karat, Tembaga
- Tudung/ Pemegang/ Rivet:
- Keluli tahan karat
Penjagaan
Cucian tangan sahaja.
Sesuai digunakan pada dapur gas.
Sesuai digunakan pada dapur induksi.
Sesuai digunakan pada dapur kaca seramik.
Sesuai digunakan pada dapur besi tuang.
Selamat digunakan di dalam ketuhar.
Keselamatan dan pematuhan
Pemasangan dan dokumen
Nasihat dan arahan penjagaan
FINMAT Periuk dengan penutup505.175.62Pengukuran
- Diameter: 21 cm
- Tinggi: 11 cm
- Isi padu: 3 l
- Panjang termasuk pemegang: 29 cm
- Ketinggian termasuk penutup: 15 cm
Bungkusan
FINMAT
Nombor artikel505.175.62- Lebar: 22 cm
- Tinggi: 13 cm
- Panjang: 28 cm
- Berat: 1.69 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Saya suka memasak dan tahu betapa pentingnya mempunyai peralatan memasak yang cantik, difikirkan dengan baik dan berkualiti tinggi. Semasa saya mereka bentuk siri FINMAT, saya ingin menghasilkan peralatan memasak yang menarik minat deria kita dan menginspiraskan pemasakan – di dapur anda atau di luar rumah di atas unggun api terbuka. Keluli tahan karat menjadikannya tahan lasak dan mudah digunakan, manakala tembaga mempunyai ekspresi yang lembut, taktil dan mantap. Tindan periuk dan kuali di dalam kabinet, atau lebih baik lagi – gantungkannya untuk diperagakan!"












