Untuk menghasilkan meja luar yang kecil dan berfungsi mungkin kedengaran tidak begitu rumit. Sebuah permukaan meja dan empat kaki sudah cukup untuk itu, bukan? "Ya, tetapi tidak kira betapa rendahnya harga yang kita sasarkan, kita tidak boleh berkompromi dengan kualiti." Kami masih perlu menghasilkan meja yang stabil dan tahan lama.” Anders dan pasukannya memutuskan untuk menggunakan kepingan logam dan mengira berapa banyak yang mereka boleh gunakan tanpa menaikkan harga. Kemudian tiba masanya untuk menyiapkan reka bentuk itu, dan ketika itulah bahagian yang sukar bermula. “Kami sangkakan kami mempunyai penyelesaian yang sempurna untuk kaki berbentuk x”, katanya. Ia kukuh dan menjimatkan kos tetapi menjadikan pembungkusannya terlalu besar, yang bermaksud kos pengangkutan yang tinggi. "Ia mengecewakan, jadi kami menangguhkan projek itu untuk mencari tenaga baharu, tetapi kemudian jurutera dalam pasukan kami mengemukakan idea yang bernas."
Meja tahan lama dan mudah dijaga, kerana ia diperbuat daripada keluli bersalut serbuk.
Butiran produk
Bahan perabot luar ini memerlukan penyelenggaraan yang minimum.
IKEA of Sweden
Maklumat berguna
Sesuai dengan kerusi ADDE, FEJAN, TORPARO, TARNO, ASKHOLMEN, SALTHOLMEN
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Atas meja/ Plat pemasangan/ Kaki:
- Keluli, Poliester bersalut serbuk
- Kaki:
- Plastik poliamida
Penjagaan
Cara terbaik untuk memanjangkan usia perabot kayu diluar bangunan ialah dengan mencucinya dengan kerap dan tidak membiarkan di luar rumah tanpa perlindungan lebih dari yang diperlukan.
Pembersihan: Dengan larutan bahan cuci lembut. Lap kering dengan kain kering yang bersih.
Penyenggaraan: Tidak memerlukan penyenggaraan.
Storan: Jika boleh, simpan di tempat kering, dingin. Jika perabot disimpan di luar, tutup dengan penutup kalis air. Selepas hujan atau salji, kesat lebihan air atau salji dari permukaan yang rata. Biarkan udara beredar bagi mengelakkan pemeluwapan.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
FEJAN Meja, luar204.872.17Pengukuran
- Panjang: 50 cm
- Lebar: 44 cm
- Tinggi: 71 cm
Bungkusan
FEJAN
Nombor artikel204.872.17- Lebar: 45 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 52 cm
- Berat: 4.25 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk FEJAN
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Kami pisahkan kaki untuk mengurangkan kos
Membangunkan produk tanpa mempedulikan harga bukanlah satu cabaran, tetapi untuk mulakan dengan harga dan kemudian diteruskan dengan bahan dan reka bentuk adalah jauh lebih sukar. Ia memerlukan pemikiran di luar kotak, dan itulah yang dilakukan oleh pasukan pembangunan di sebalik FEJAN apabila mereka menghasilkan meja kecil untuk ruang luar yang padat dan pelanggan yang mementingkan harga.
“Kami sentiasa ingin menghasilkan penyelesaian yang berpatutan, tetapi untuk mulakan dengan harga apabila anda membangunkan sesuatu produk merupakan satu cabaran yang istimewa. Ia menuntut banyak sokongan daripada seluruh pasukan, dan semasa kami menghasilkan FEJAN, kami hampir berputus asa”, kata pembangun produk Anders Adler.
Harga rendah, bukan kualiti rendah
Separuh kaki mengurangkan jumlah kos
Ada kalanya apa yang anda perlukan adalah berhenti sejenak. Ia memberikan Anders dan pasukan peluang untuk memecahkan masalah tersebut kepada bahagian yang lebih kecil. Dan apabila mereka berjaya, mereka menemui jalan penyelesaian. "Kami sedar kami boleh pisahkan kakinya, dan kemudian pelanggan boleh menskrunya bersama-sama apabila mereka memasang meja." Ia menjadikan pembungkusan lebih kecil dan mengurangkan jumlah kos kerana kami boleh mengangkut lebih banyak di atas setiap palet. “Saya bangga kerana FEJAN menawarkan harga yang sepadan dengan pakej kecil ini – ia adalah meja untuk semua orang yang inginkan balkoni atau teres yang nyaman dan selesa tanpa membelanjakan keseluruhan peruntukan belanja untuk perabot.”




