Rangka tinggi terbuka dengan 5 para-para ini memberikan gambaran keseluruhan yang menarik dan memudahkan mangkuk, botol, bakul dan bahan cuci dicapai.
Jaminan 10 tahun

Anda boleh gunakan penyelesaian terbuka ini untuk menghasilkan gaya peribadi anda sendiri di rumah. Pamerkan barangan yang anda sayangi atau kenapa tidak menonjolkan sesuatu tema atau warna?
Storan terbuka mewujudkan rasa lapang di bilik berbanding storan tertutup.
Mengapa tidak memilih gabungan storan dan terbuka yang sesuai? Letakkan barangan yang kerap digunakan di dalam rangka terbuka ENHET dan barangan yang kerap berselerak disembunyikan di dalam kabinet ENHET yang tertutup.
Masukkan cangkuk ke dalam alur pada sisi rangka untuk menggantung tuala atau bekas. Dinding tidak perlu digerudi. Dijual berasingan.






