DYTÅG Langsir, 1 pasang, putih/dengan pita tendas, 145x250 cm
Bagaimana untuk mendapatkannya
- Penapisan cahaya
Langsir merendahkan aras cahaya umum dan menyediakan privasi dengan menghalang mereka di luar daripada dapat melihat terus ke dalam bilik.
Butiran produk
Langsir ini memberikan privasi, di samping membenarkan cahaya matahari masuk dan membantu anda berasa berhubung dengan dunia di luar tingkap.
Linen tahan lasak dan tak lapuk dek zaman dengan tekstur tidak sekata yang terasa padat namun semakin lembut selepas cucian demi cucian. Sesuai benar untuk sebarang musim kerana gentian semula jadi lut udara dan membenarkan udara menembusi dan beredar.
Langsir dengan pita tendas membolehkan anda menggantung langsir terus pada rod tirai menggunakan poket rod atau penyangkut. Anda juga boleh menggantung langsir pada selusur trek menggunakan peluncur dan cangkuk.
Pita tendas memudahkan anda menghasilkan lisu menggunakan cangkuk langsir RIKTIG.
IKEA of Sweden
Pengukuran
- Panjang: 250 cm
- Lebar: 145 cm
- Berat: 1.30 kg
- Kawasan: 3.63 m²
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk DYTÅG
Fungsi penyelesaian
Dijahit tanpa jarum atau benang
Dengan jalur kelepet gosok SY, semua orang boleh "menjahit" langsir. Apa yang anda perlukan ialah memotong fabrik mengikut saiz, lipat kelepet, letakkan jalur di tempatnya dan lekatkan menggunakan seterika panas.