


Kualiti
Beberapa panduan tentang kutleri
Semua kutleri memerlukan perhatian untuk mengekalkan kemasan aslinya. Bilas kutleri selepas digunakan untuk menghilangkan sebarang cebisan makanan, walaupun anda bercadang untuk mencucinya kemudian. Jika anda menggunakan mesin basuh pinggan, pilih yang mempunyai kitaran yang lebih pendek dan keringkan kutleri menggunakan tangan. Dengan cara ini anda boleh mengelakkan tanda karat yang disebabkan oleh makanan yang melekat pada kutleri atau akibat membiarkan kutleri terlalu lama dalam udara yang panas dan lembap di dalam mesin. Nasihat yang baik tidak semestinya mahal.
Pandangan pereka
Pandangan pereka
Semasa pereka Carl-Gustaf Jahnsson menghasilkan set kutleri DRAGON, matlamatnya adalah ia perlu menarik untuk kebanyakan orang, sesuai untuk kebanyakan barang dan mempunyai penampilan yang abadi. Beliau amat berjaya sehingga kutleri ini mendahului siri kutleri yang lain. Walaupun ia dihasilkan di berbagai tempat di dunia, kutleri sentiasa kekal dalam bentuk asli. Ia bagaikan orang suruhan yang amat setia yang melakukan kerja yang cemerlang di kebanyakan restoran kami.