Langkau ke kandungan utama

DIRIGERA Hab untuk produk pintar, putih pintar

Harga RM 399

Bagaimana untuk mendapatkannya

DIRIGERA
505.034.09

Dengan lebih daripada satu produk pintar daripada IKEA, hab DIRIGERA, bersama dengan aplikasi IKEA Home smart, membawakan manfaat paling banyak kepada rumah pintar anda. Meningkatkan IQ rumah anda lantas menjadikan kehidupan itu sendiri lebih lancar.

Ciri-ciri produk
  • Sesuai dengan IKEA Home Smart
Maklumat lanjut
DIRIGERA Hab untuk produk pintar, putih pintar

Ulasan pelanggan

4Ulasan: 4 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 12Purata pengadaran
12Ulasan
4Ulasan: 4 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 12Purata pengadaran
12Ulasan

Produk berkaitan

Disyorkan untuk anda

Berhubung dan mencipta keajaiban

Anda pasti pernah bertanya kepada diri sendiri, dalam keadaan agak tertekan dan dalam perjalanan dari rumah, “adakah saya betul-betul telah mematikan seterika?” Atau berharap lampu menyala apabila anda pulang lewat? Dengan DIRIGERA, hab kami untuk produk pintar, anda boleh menyambung dan mengawal segala-galanya dengan mudah daripada seterika dan lampu hinggalah penapis udara dan pembesar suara.

"Akan tetapi keajaiban sebenar berlaku apabila anda menggabungkan produk yang berbeza-beza kepada apa yang kita panggil Scene." Kemudian anda akan mendapat fungsian yang hebat,” kata Rebecca Töreman, yang telah terlibat debgan produk pintar di IKEA selama beberapa tahun. Pagi-pagi beliau kini bermula dengan tenang melalui bantuan rutin yang diciptanya sendiri dalam aplikasi. “Sebelum sahaja saya bangun, bidai digulung ke atas, lampu katil saya menyala perlahan-lahan, dan pembesar suara dihidupkan mengikut senarai main saya dengan muzik lembut. Penapis udara telah memberikan saya udara terbaik pada waktu malam dan beralih daripada mod malam kepada mod auto. Saya tidak dapat membayangkan permulaan hari yang lebih baik.”

Untuk kehidupan hari-hari yang lebih pintar.

Selain rangkaian produk pintar kami yang semakin berkembang, anda sebenarnya boleh menambah peranti elektrik lain pada DIRIGERA melalui soket tanpa wayar. Anda meletakkannya di antara soket dinding, dan contohnya mesin kopi atau seterika, yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada rumah pintar anda. “Keseluruhan idea dengan DIRIGERA adalah untuk mewujudkan sistem mudah untuk dipasang dan digunakan. Kami mempunyai lebih daripada 75 tahun pengalaman dalam mewujudkan kehidupan sehari-hari yang lebih baik di rumah, dan kini kami telah menjadikannya lebih pintar dengan menambah teknologi.”

Terus membangun

Apabila anda membeli perabot atau sebarang produk lain daripada IKEA, anda menjangkakan ia akan dibangunkan sepenuhnya. Tetapi kami boleh mendedahkan bahawa DIRIGERA sebenarnya menjadi lebih baik dan lebih baik dari semasa ke semasa – tanpa memerlukan sebarang kos tambahan. “Kami terus mempertingkatkan aplikasi dan membangunkan produk serta fungsian baharu yang anda sambungkan ke rumah pintar anda – supaya anda boleh menikmati lebih banyak keajaiban dalam kehidupan sehari-hari.”

Fungsi penyelesaian

Jantung rumah pintar

Dengan DIRIGERA, hab kami untuk produk pintar, anda boleh menyambung dan mengawal segala-galanya dengan mudah daripada seterika dan lampu hinggalah penapis udara dan pembesar suara. Ia pintar dan lancar, tetapi keajaiban sebenar berlaku apabila anda menggabungkan produk yang berbeza-beza ke dalam Scene yang terlebih dahulu diset. Kemudian anda boleh mencipta rutin anda sendiri yang merangka majlis makan malam yang sempurna, membantu anda berehat pada waktu petang atau membangunkan anda dengan muzik ringan dan lembut yang menyenangkan.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada

Aksesori untuk DIRIGERA