Bagaimana untuk mendapatkannya
Meja berkepak ini sesuai benar untuk dapur yang lebih kecil atau untuk menyerlahkan ruang yang lebih besar. Boleh guna melalui tiga cara, tanpa, satu atau dua kepak. Penampilan tradisional dengan perincian seperti kaki pusing merupakan satu kelebihan.
Butiran produk
Meja berkepak ini mendudukkan 2-4 orang. Ia satu pilihan yang bagus untuk ruang kecil kerana saiznya boleh dilaraskan dengan mudah, mengikut keperluan.
Anda boleh laraskan panjangnya dengan mudah bagi mewujudkan ruang untuk semua jenis aktiviti seperti kerja sekolah, melukis atau bermain permainan dengan anak-anak.
Setiap meja unik dengan corak ira yang berbeza-beza dan peralihan warna semula jadi ialah sebahagian daripada daya tarikan pada kayu.
Atas meja mempunyai lapisan atas venir kayu keras yang diwarnakan dan juga dilakuer untuk ketahanan dan untuk membolehkan tektur kayu semua jadi menyerlah.
Kaki meja keluli berbentuk tiub menawarkan kekuatan dan ketahanan dengan rupa seperti kayu pusing yang dihasilkan secara tradisional.
Andreas Fredriksson
Maklumat berguna
2-4 tempat duduk.
Hanya disyorkan untuk digunakan di dalam bangunan.
Bagi mengelakkan calar pada permukaan, lengkapkan dengan pelindung lantai lekat sendiri TRIXIG, dijual secara berasingan.
Bahan dan penjagaan
Jenis bahan
- Bahagian bawah rangka/ Rel sokongan/ Kaki:
- Keluli, Salutan serbuk epoksi/poliester
- Bahagian dalam kaki:
- Keluli
- Atas meja/ Lipat:
- Papan partikel, Venir kayu oak, Kayu oak padu, Lakuer akrilik jernih
Penjagaan
Lap sehingga bersih dengan kain yang dilembapkan di dalam bahan pencuci yang tidak begitu kuat.
Lap sehingga kering dengan kain yang bersih.
Untuk kualiti maksimum, ketatkan semula skru jika perlu.
Pemasangan dan dokumen
Arahan pemasangan
DANDERYD Meja berkepak905.161.22Nasihat dan arahan penjagaan
DANDERYD Meja berkepak905.161.22Pengukuran
- Tinggi: 75 cm
- Panjang maksimum: 134 cm
- Panjang minimum: 74 cm
- Lebar: 80 cm
Bungkusan
Produk ini mengandungi pakej 2
DANDERYD
Nombor artikel905.161.22- Lebar: 77 cm
- Tinggi: 5 cm
- Panjang: 84 cm
- Berat: 16.23 kg
- Bungkusan: 1
- Lebar: 41 cm
- Tinggi: 7 cm
- Panjang: 78 cm
- Berat: 13.65 kg
- Bungkusan: 1
Ulasan pelanggan
Aksesori untuk DANDERYD
Produk Berkaitan
Disyorkan untuk anda
Pandangan pereka
Pandangan pereka
“Saya dicabar untuk mereka bentuk produk menggunakan teknik pengeluaran baharu dengan keluli menggantikan kayu. Diinspirasikan oleh meja bergaya tradisional, saya menghasilkan reka bentuk yang kelihatan kemasan buatan tangan, namun masih menarik bagi mereka yang menggemari gaya yang lebih ringkas. Dengan adanya teknologi pintar, kami berjaya menghasilkan kaki keluli berbentuk tiub yang menyerupai kaki kayu pusing. Kukuh, stabil dan dengan bentuk bulat yang lembut. Saya berharap meja DANDERYD dapat membawa kehangatan ke dalam banyak rumah."








