10 tahun jaminan
Sistem storan ini ialah tafsiran kami tentang logam berat - teguh, tahan lama dan fleksibel. Juga mudah dipasang, lengkap seperti yang diperlukan dan cukup mantap untuk tahan terhadap kelembapan, kotoran dan beban berat.
Butiran produk
Jaminan 10 tahun. Baca tentang terma di dalam brosur jaminan.
Unit pemparaan tahan lama, mudah dibersihkan dan dilindungi daripada karat kerana ia diperbuat daripada keluli tergalvani bersalut serbuk.
Sesuai benar untuk barangan berat yang besar seperti alatan dan buku.
IKEA of Sweden
Pengukuran
- Lebar: 85 cm
- Dalam: 55 cm
- Tinggi: 110 cm
Ulasan pelanggan
Rancang ruang kerja BROR anda sendiri
Ingin menyesuaikan rupa dan fungsi untuk BROR yang sesuai dengan ruang, keperluan dan cita rasa anda?

Kualiti/ketahanan
Storan terkuat yang kami hasilkan setakat ini
Inspirasi untuk sistem penstoran BROR datang daripada perabot industri klasik. Perabot yang besar dan kukuh yang boleh tahan kotoran dan juga beban berat, sama seperti BROR. Sebenarnya para-para ini boleh muat dua kali lebih banyak beban berbanding para-para biasa (3 kg/dm2)! Dan kerana reka bentuknya jelas dan ringkas, ia sesuai di mana-mana di rumah – tidak kira sama ada persekitaran di sekelilingnya lembap tropika ataupun kering dan sejuk ais.