Langkau ke kandungan utama
Lagi daripada Koleksi BLÅVINGAD

BLÅVINGAD Set 5 unit pemotong doh model, warna aluminium

Harga RM 20

Lengkap dengan

MÅLA Doh model, warna bercampur

MÅLA Doh model

Harga RM 29/6 unit
Harga unit: RM4.83/unit

Bagaimana untuk mendapatkannya

BLÅVINGAD
605.265.04

Dengan pemotong BLÅVINGAD dan doh mainan MÅLA, anak anda boleh mencipta dunia bawah air ajaib mereka sendiri yang dipenuhi haiwan menarik. Satu aktiviti praktikal dan menyeronokkan di mana imaginasi boleh mengalir dengan bebas.

BLÅVINGAD Set 5 unit pemotong doh model, warna aluminium
PerekaS Edholm/L Ullenius
Maklumat lanjut
BLÅVINGAD Set 5 unit pemotong doh model, warna aluminium

Ulasan pelanggan

5Ulasan: 5 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 1Purata pengadaran
1Ulasan
5Ulasan: 5 daripada 5 bintang. Jumlah ulasan: 1Purata pengadaran
1Ulasan

Produk berkaitan

Disyorkan untuk anda

Menyelam jauh ke dalam dunia penuh keajaiban

Ikan lumba-lumba yang meluncur, kura-kura yang ingin tahu dan sotong kurita yang suka bermain. Laut dalam yang luas merupakan dunia yang mempersonakan yang mencetuskan imaginasi. Ia telah menginspirasikan kami untuk menghasilkan koleksi BLÅVINGAD. Semasa menjalankan projek ini, kami juga menyedari bahawa ramai kanak-kanak bimbang tentang lautan dan penghuninya.

“Kanak-kanak terlibat dan mendapat maklumat yang mencukupi tentang pencemaran lautan dunia dan bagaimana ia mempengaruhi haiwan yang hidup di sana. Mereka mahu melakukan sesuatu mengenainya dan menggalakkan kita, orang dewasa, untuk melakukan perkara yang sama,” kata ahli psikologi kanak-kanak Dr Barbie Clarke. Beliau kerap menyertai kerja-kerja Panel Penasihat Kanak-kanak kami, di mana kami menemu bual kanak-kanak di negara yang berbeza-beza tentang pendapat mereka mengenai pelbagai topik.

Misteri di bawah permukaan

Tetapi apakah yang menarik minat dan melibatkan kanak-kanak di seluruh dunia tentang lautan – malah kanak-kanak yang tinggal beratus-ratus kilometer dari pantai? "Laut dalam dan penghuninya sentiasa menjadi sebahagian daripada mitos dan cerita yang kita ceritakan antara satu sama lain," kata Barbie. "Ia adalah dunianya sendiri di bawah permukaan, sesuatu yang misteri dan menarik yang menghidupkan imaginasi."

Ketahui tentang dunia ini

Cerita, permainan dan filem tentang kehidupan di laut dalam memberikan kanak-kanak akses kepada dunia yang berbeza-beza berbanding kehidupan sehari=hari mereka sendiri. “Apabila kanak-kanak berumur antara 3 dan 6 tahun, mereka paling banyak berfantasi, dan apabila mereka semakin besar, mereka ingin mempelajari fakta dan memahami bagaimana lautan berfungsi,” kata Barbie. Dia menambah bahawa apabila kanak-kanak asyik dengan sesuatu, ia lebih daripada sekadar permainan; mereka lupa akan kebimbangan mereka, meneroka dunia dan meluaskan pengetahuan mereka – seperti ikan paus biru gergasi yang berenang mengharungi lautan untuk menerokainya.

Dapatkan inspirasi gaya ini

Idea berdasarkan produk yang anda telah lihat baru-baru ini

Lagi daripada Koleksi BLÅVINGAD